suria

Puteri Balqis raih lebih perhatian dalam MV ‘Balasan Janji Palsumu’, Yamani Abdillah kagum sikap hormat orang

Yamani puji sikap Puteri Balqis dalam menjiwai watak dengan baik.

PENYANYI Yamani Abdillah tidak berkecil hati apabila pelakon Puteri Balqis lebih mendapat perhatian menerusi muzik video (MV) terbaharunya, Balasan Janji Palsumu.

Yamani atau Osama Yamani Jamal Ubaidillah, 21, sebaliknya berkata, dia berasa lega apabila kemunculan Puteri Balqis atau Aqish mendapat sambutan positif penonton.

"Saya sebenarnya tidak kisah nama Aqish lebih disebut oleh orang ramai menerusi kemunculannya dalam muzik video tersebut.

"Mungkin ada kebaikannya untuk Aqish juga, asalkan perkara yang positif diperkatakan saya terima dengan hati terbuka," katanya kepada mStar.

yamani

Puteri Balqis dipuji menjiwai watak dengan baik menerusi muzik video terbabit.

Bercakap mengenai penglibatan Aqish sebagai pelakon dalam muzik video berkenaan, Yamani menyifatkan remaja berusia 15 tahun itu seorang pelakon berbakat besar dalam menjiwai sesuatu watak.

Sementara itu, Yamani menyifatkan Aqish sebagai seorang pelakon yang sangat berbakat dalam menjiwai watak.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendedahan Puteri Balqis beri kesan kepada kerjaya, nama digugurkan bintangi drama 14 episod

ARTIKEL BERKAITAN: Yamani tak campur konflik Zaki, Jamal Abdillah... Sedia jadi orang tengah bantu ayah dan adik berdamai

Jelasnya, walaupun hanya beraksi menerusi sebuah muzik video, namun pelakon itu tetap memberikan komitmen sepenuhnya.

"Sebelum ini saya pernah bekerja dengan pelakon-pelakon lain dalam muzik video.

"Tetapi apa yang berbezanya, Aqish sering bertanya jika dia tidak memahami tentang maksud lirik lagu tersebut. Ini kerana untuk dia mendapatkan ‘feel’ ketika penggambaran," jelas Yamani.

Aqish juga seorang yang hormat kepada individu lebih berusia daripadanya.

YAMANI ABDILLAH

PENYANYI

Penyanyi ini juga memuji sikap dan perwatakan Aqish yang menghormati orang ebih tua.

"Aqish juga seorang yang hormat kepada individu lebih berusia daripadanya. Dia juga memanggil saya abang dan kami memang senang bekerja dengannya.

"Pendek kata, apa sahaja arahan yang diberi, dia dapat lakukan dengan baik," katanya.

Sementara itu, anak kepada penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah ini berkongsi cerita disebalik pembikinan lagu cover yang dinyanyikan oleh penyanyi asal, Leon.

yamani1

Yamani mengakui senang bekerja dengan Puteri Balqis.

Menurut Yamani, selepas beberapa lama tidak muncul dengan single terbaharu, dia cuba untuk menghasilkan lagu cover ini untuk menaikkan semula Namanya dalam industri hiburan.

"Setelah sekian lama menyepi, saya cuba untuk ‘panaskan’ semula nama saya dan Alhamdulillah akhirnya peminat menyedari akan kemunculan lagu cover terbaharu saya.

"Insya Allah saya akan lancarkan dua lagi single terbaharu dalam masa yang terdekat ini," jelasnya.

Yamani turut berkongsi dia bakal keluar dengan single terbaharu bersama ayah dan adiknya, Zaki Yamani.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain