suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak sampai 24 jam tudung keluaran Wawa Zainal licin, raih jualan RM2.5 juta!

Jualan Wawa Scarve pengeluaran pertama mampu terjual sekitar 90,000 helai dalam masa kurang 24 jam.

PELAKON dan usahawan Wawa Zainal tidak menyangka koleksi terbaharu tudungnya iaitu Wawa Scarve licin dalam tempoh kurang daripada 24 jam ia dilancarkan pada Selasa lalu.

Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 31, berkata, dianggarkan sebanyak 90,000 helai tudung terjual dalam tempoh itu dengan jumlah pendapatan kira-kira RM2.5 juta.

"Alhamdulillah, untuk keluaran pertama ini sudah habis terjual. Bohong kalau saya cakap tak letakkan harapan tinggi tetapi apabila perkara itu menjadi kenyataan saya bersyukur sangat.

Untitled design (20)

Wawa sentiasa mengamalkan sebahagian daripada hasil pendapatan jualan disalurkan kepada golongan yang memerlukan.

"Bermula dengan 20,000 helai, kemudian 50,000 hingga mencecah 90,000 dan habis terjual. Insya-Allah kita akan keluarkan lagi," katanya.

Dalam pada itu, Wawa turut melahirkan rasa syukur kerana sejak awal tujuan perniagaan itu ditubuhkan adalah bagi membantu ekonomi peniaga kecil selain disumbangkan kepada golongan memerlukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wawa Zainal buang implan cegah hamil gara-gara dua bulan haid tak henti, sedia timang anak kelima

Jelasnya, dia percaya dalam setiap rezekinya terselit untuk orang lain dan perkara itu cuba ditanamkan dalam perniagaan berkenaan.

"Kalau kita dapat bantu mereka yang memerlukan, Insya-Allah rezeki itu akan sentiasa ada," katanya.

Keluaran terbaharu Wawa Scarve itu adalah eksklusif dan sesuai dijadikan hadiah kepada insan tersayang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain