suria

[VIDEO] Pertama kali masuk stadium, Aeril Zafrel dituduh riyak ke Old Trafford... “Kalau kalah ingat aku nak post ke?”

Aeril Zafrel berkongsi keterujaan dapat menyaksikan perlawanan bola sepak di Old Trafford, Manchester.

KETERUJAAN dapat menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford di antara Manchester United (MU) dan Liverpool pada Selasa lalu meninggalkan kenangan manis buat pelakon dan usahawan Aeril Zafrel.

Aeril menerusi perkongsian di Instagram memberitahu ia adalah pengalaman pertama kalinya dapat menonton perlawanan di stadium dan cukup bertuah apabila MU memenangi perlawanan berkenaan.

"Pengalaman pertama kali dapat tengok bola dalam stadium. Selamat Manchester United menang," tulisnya pada hantaran video di Instagram.

Dalam keterjuaan dapat sama-sama meraikan kemenangan MU, ada dalam kalangan pengikutnya yang menganggap perkongsian suami kepada Wawa Zainal itu bersikap riyak dan ingin menunjuk-nunjuk dapat menonton perlawanan bola sepak di luar negara.

AZ7

Aeril memberitahu dia pertama kali masuk ke stadium menonton perlawanan bola sepak.

Menerusi komen dibuat, individu berkenaan mempertikaikan tindakan Aeril membuat rakaman tersebut selain mempersoalkan pelakon itu tidak pernah melakukan perkara sama di Malaysia.

"Kalau masuk stadium dekat Malaysia, tiada pula tunjuk video. Asal masuk stadium luar negara, rajin pula buat video.

ARTIKEL BERKAITAN: Murah rezeki! Baru timang cahaya mata kelapan, isteri hamil lagi... Harry Khalifah tak anggap ramai anak satu beban

ARTIKEL BERKAITAN: “Biarlah orang tengok sejarah silam saya” - Filem ‘Brother Gun’ angkat kisah benar ketua kongsi gelap

"Nampak sangat nak tunjuk... benda mampu. Sini pun best juga," tulisnya.

Ia turut mendapat perhatian Aeril yang bertindak berkongsi paparan skrin komen tersebut di Instagramnya dan menjelaskan sudah menyatakan itu adalah kali pertama dapat masuk stadium seumur hidupnya.

Aeril Zafrel

Aeril membalas komen pengikut yang mengecam dirinya.

"Kan saya dah cakap. Ini pertama kali saya dapat masuk stadium seumur hidup saya. Sebelum ini nak buat video macam mana?," jelasnya.

Sementara itu, secara berseloroh, Aeril turut memberitahu tindakannya memuat naik video itu juga disebabkan pasukan kegemarannya itu menang pada perlawanan tersebut dengan gol 2-1 terhadap Liverpool.

"Kita post pun sebab menang. Kalau kalah kau ingat aku nak post ke?," tulisnya.

Rata-rata pengikut Aeril turut berpendapat, individu berkenaan 'sentap' kerana Liverpool kalah selain cemburu pelakon itu dapat menonton secara langsung perlawanan itu di stadium yang terletak di Manchester, United Kingdom.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain