suria

Ramai buat spekulasi anak Vida individu di sebalik nama Sultan Pemurah? Jenuh netizen siasat akhirnya ini respon Kacak!

Beri hadiah bernilai di TikTok, ada yang katakan Kacak sebagai Sultan Pemurah.

MEDIA sosial kecoh mengenai misteri identiti seorang pengguna TikTok bernama 'Sultan Pemurah' yang dilihat sering memberikan gift atau hadiah semasa memasuki sesi siaran langsung pengguna lain di aplikasi berkenaan.

Sikap dermawan Sultan Pemurah memberikan gift kepada pengguna TikTok lain menarik perhatian netizen lebih-lebih lagi setiap ikon gift berkenaan mempunyai nilai dan boleh ditukar dengan wang ringgit.

Kemunculan awal Sultan Pemurah mula disedari ramai selepas dia beberapa kali memberikan gift paling mahal kepada Ryan Bakery.

Malah netizen turut membuat kira-kira mendakwa jumlah gift yang diberikan oleh Sultan Pemurah kepada Ryan pada malam itu bernilai lebih RM10,000.

SULTAN

Ryan terima habuan besar daripada Sultan Pemurah.

Bukan itu sahaja, pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal juga turut menerima habuan sama.

Aeril menjemput Sultan Pemurah untuk menyertai sesi live tersebut namun individu itu hanya berkongsi suara tanpa mendedahkan muka.

Menerusi ruangan komen, ada yang meneka pemilik akaun itu adalah Kacak iaitu anak kepada usahawan Datuk Seri Vida.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah boleh kahwin! Pemuda tak keruan Sultan Pemurah beri gift mahal ketika live TikTok, netizen tolong kira gajinya lebih 10K satu malam

"Satu Malaysia nak tahu siapa Sultan Pemurah. Ramai cakap Sultan ni Kacak anak Datuk Seri Vida," tanya Aeril.

Individu tersebut bagaimanapun tetap merahsiakan identitinya dan terus meninggalkan sesi live tersebut dengan 1001 tanda tanya.

"Itu rahsia, tidak boleh beritahu. Terima kasih Wawa dan Aeril kerana menceriakan hari saya.

Itu rahsia, tidak boleh beritahu. Terima kasih Wawa dan Aeril kerana menceriakan hari saya

SULTAN PEMURAH

PENGGUNA TIKTOK

"Tak tahu lah (apabila dikatakan anak Vida). Selamat tinggal," jelasnya.

Menerusi siaran langsung pada malam Khamis, Kacak menjelaskan dia bukanlah individu di sebalik nama Sultan Pemurah.

"Bukan! Itu soalan yang saya tak dapat jawab... saya bukan Sultan Pemurah!" jawabnya dalam rakaman video di saluran YouTube DSV Entertainment.

Malah, semasa sesi siaran langsung itu, Sultan Pemurah turut menyertai live berkenaan dan beberapa kali memberikan gift kepada Kacak.

Hasil semakan mStar mendapati pemilik akaun Sultan Pemurah itu kini memiliki lebih 400,000 pengikut.

sultan 2

Nilai pembelian yang dibuat oleh Sultan Pemurah.

Pengguna TikTok masa kini boleh menjana pendapat sendiri menerusi sesi live mereka.

Penonton akan berkongsi hadiah ikon tertentu yang dibeli secara atas talian dan setiap satunya mempunyai nilai tersendiri dan ia boleh ditukar kepada bentuk wang tunai oleh si penerima.

Antara gift yang paling dinantikan netizen ialah lion yang bernilai 29999.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain