suria

Rakan selalu minta bancuh kopi, Rody Kristal dapat idea ceburi bidang perniagaan... Sentiasa berdoa elak perbuatan sihir

Rody membuka sebuah kafe, Kopi dan Bootik yang menjual kopi dan beberapa barangan lain seperti tudung, kasut dan minyak wangi.

KEJADIAN seperti pelanggan tidak nampak premis jualan dan makanan mudah rosak merupakan antara perkara mistik yang sering dialami oleh individu yang menjalankan perniagaan kedai makan.

Menyedari mengenai perkara itu, gitaris kumpulan Kristal iaitu Rody berkata dia sentiasa mengamalkan doa agar dijauhkan daripada perbuatan hasad dengki manusia dan meletakkan sepenuhnya soal rezeki itu kepada Allah SWT.

Kata Rody atau nama sebenar Mohd Rodi Baharudin, 36, dia percaya jika ikhlas dalam sesuatu pekerjaan termasuklah perniagaan pasti akan dimurahkan rezeki.

"Pada saya untuk hal itu... kita kena banyakkan berdoa dan meminta segala pertolongan daripadanya.

"Insya-Allah jika kita berpegang teguh dan yakin kepada Allah, perkara sebegitu boleh dijauhkan termasuklah perbuatan sihir itu," ujarnya ketika dihubungi mStar.

Untitled design (17)

Rody membuka sebuah kafe bersama isteri, Niena di Kajang, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah cuba pelbagai produk tapi tiada kesan, Rody Kristal akhirnya nekad tanam rambut

ARTIKEL BERKAITAN: 4 tahun tidak bertegur, hubungan Lan Solo dan Rody Kristal kembali pulih selepas terserempak di surau

Rody yang diminta mengulas mengenai pembukaan kafe Kopi dan Bootik miliknya bersama isteri, Nur Izwani Azman yang beroperasi di Lot 21936, Lorong Cinta Alam A, Kajang, Selangor.

Mengulas lanjut mengenai perniagaan baharunya itu, Rody berkata permintaan dan dorongan rakan-rakan menyebabkan dia membuka kedai kopi tersebut.

"Selalu kawan-kawan akan datang rumah dan minta saya bancuhkan kopi untuk mereka. Bermula daripada itu saya dapat idea untuk buka perniagaan.

"Saya mengambil masa sekitar tiga bulan untuk betul-betul membuat keputusan dan melakukan persiapan kedai ini. Insya-Allah saya dan isteri akan melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Insya-Allah jika kita berpegang teguh kepadanya perkara sebegitu boleh dijauhkan daripada perbuatan sihir itu

RODY

GITARIS KUMPULAN KRISTAL

"Buat masa sekarang saya dan isteri yang menguruskan, tetapi sekarang kami sedang mencari pekerja sambilan untuk menguruskan kedai sekiranya kami berdua sibuk," katanya.

Untitled design (19)

Persekitaran kedai Kopi dan Bootik yang diusahakan oleh Rody.

Menarik mengenai kedainya itu, Rody menamakan air minumannya yang dijual dengan tajuk lagu kumpulan Kristal seperti Kopi Delaila dan Kopi Seragam Hitam.

Selain minuman, kafe itu turut menjual beberapa produk lain seperti tudung, kasut sukan, pakaian kanak-kanak dan minyak wangi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain