suria

Daiyan Trisha ‘block’ pengikut gara-gara tegur perubahan hidung, peminat setuju sebab buli siber

Tindakan Daiyan menyekat pengguna Twitter yang menegur fizikalnya.

NAMA pelakon Daiyan Trisha menjadi trending di laman Twitter gara-gara tindakannya menyekat beberapa pengguna laman sosial itu.

Perkara tersebut dilihat berpunca dari teguran seorang pengikut yang mendakwa terdapat perubahan pada bahagian hidung aktres berkenaan.

Pengguna akaun Twitter berkenaan memuat naik, profil miliknya telah disekat oleh pelakon itu dan turut mendapat komen sama dari pengikut lain.

daiyan 2

Netizen turut pertahankan Daiyan sekat pengguna Twitter.

"Baru perasan kena block juga. Mungkin dia cari nama sendiri dan jumpa netizen bezakan hidung dahulu dan sekarang.

"Tak minat dia, tetapi siapa yang sebut hidung dia mesti akan kena block.

"Pernah kena kecam dengan peminat dia sebab cakap pembedahan hidung, padahal beza sangat dahulu dan sekarang," komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu ‘berkepit’, Daiyan Trisha sudah dua tahun rapat dengan abang Ummi Nazeera

Dalam masa sama, ramai juga dalam kalangan netizen mempertikaikan tindakan pengguna Twitter tersebut yang dianggap sebagai satu tindakan buli siber.

"Kau yang cari pasal dahulu kemudian kau kononnya mangsa. Sedih betul hidup spesis macam kau ni.

"Awak provoke dia dahulu jadi dia block sebab tidak suka apa yang dikatakan. Saya tidak nampak sebarang isu di sini.

Kau yang cari pasal dahulu kemudian kau kononnya mangsa. Sedih betul hidup spesis macam kau ni

NETIZEN

"Tidak kisah jika anda tidak suka Daiyan Trisha, tetapi mempersendakan hidungnya adalah biadab dan tidak perlu.

"Inilah perempuan, selalu dengki antara satu sama lain," jawab netizen.

Daiyan bagaimanapun dilihat telah memadam video yang dimuat naiknya sebelum ini.

Mengulas hal tersebut, Daiyan ketika dihubungi memberitahu dia tidak tahu namanya diperkatakan dan enggan ambil tahu apa yang terjadi.

"Saya tak baca di Twitter dan malas ambil tahu. Saya tidak kacau sesiapa pun," jelasnya kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain