suria

Aksi Mak Wan dalam video bukan lakonan, bekas PA mahu dedah lebih banyak bukti

Amell (kiri) menafikan semua dakwaan Mak Wan terhadap dirinya.

BEKAS pembantu peribadi Mak Wan Latah iaitu Amell menyangkal dakwaan video yang dimuat naik di laman sosial TikTok mendedahkan sikap pelakon itu dirakamnya sendiri.

Amell berkata, tidak mungkin dia meminta pelakon itu berlakon sedemikian sebaliknya video-video tersebut adalah rakaman daripada pihak lain yang diserahkan kepadanya.

"Tak mungkin saya nak suruh dia berlakon seperti itu... Saya akan keluarkan lebih banyak bukti bagi membantu siasatan polis.

mak wan 2

Video perbuatan Mak Wan yang didedahkan Amell sebelum ini.

"Selama ini saya simpan kerana mahu menjaga nama baiknya sebagai pelakon," katanya kepada mStar.

Amell berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mak Wan atau Halimaton Saadiah Mohd Daud yang menafikan tuduhan melakukan perkara syirik dan ia adalah rakaman lama ketika dia sedang berlatih untuk sebuah drama berjudul Pelaris.

Mak Wan mendakwa rakaman video itu dirakam sendiri oleh wanita itu sendiri dan bukannya dibuat secara curi-curi.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak Wan Latah jawab tuduhan panas baran, anggap bekas pengurus peribadi otak tak betul

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pengurus peribadi dah tak tahan dedah siapa sebenarnya Mak Wan Latah

Sementara itu, Amell berkata, dia menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut kes berkenaan memandangkan aktres itu juga sudah membuat laporan polis terhadapnya.

"Rasanya lebih baik saya ambil pendekatan untuk berdiam diri terlebih dahulu dan biarkan pihak polis menjalankan siasatan.

"Orang ramai boleh menilai sendiri menerusi video-video yang saya kongsikan sebelum ini. Saya hanya doakan yang terbaik buat kedua-dua belah pihak," katanya.

Saya akan keluarkan lebih banyak bukti bagi membantu siasatan polis

AMELL

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Amell memaklumkan dia sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan fitnah Mak Wan terhadap dirinya selain tuduhan mengambil barang kemas.

Amell turut menambah dua laporan lain yang mendakwa pelakon usia 61 itu menggunakan namanya bagi tujuan meminjam duit dari orang lain selain membuat laporan palsu.

Susulan itu, Mak Wan turut membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan terhadapnya selain menuduh Amell sebagai mempunyai masalah mental.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain