suria

Penampilan seksi dikritik... Nora Danish anggap netizen ada hak bersuara, lebih peka tentang pemilihan pakaian

Nora menyedari kehidupan sebagai setebriti sentiasa menjadi perhatian.

PENAMPILAN Nora Danish sering menjadi tumpuan netizen sehinggakan aktres itu menjadi mangsa kritikan kerana ramai menganggap imejnya seksi.

Tidak mudah melatah dengan kritikan yang diterimanya, Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 40, beranggapan masyarakat berhak untuk menyuarakan pendapat mereka tentang dirinya.

"Sebenarnya saya tak suka berlawan-lawan atau mencari fasal dengan netizen sebab bagi saya, mereka ada hak untuk bercakap apa pun.

"Bidang yang saya ceburi ini pun ada kait rapat dengan masyarakat terutamanya peminat... Apa yang mereka katakan, saya anggap sebagai satu doa," katanya kepada mStar.

Nora Danish

Nora terima komen netizen dengan hati terbuka.

Nora ditemui ketika majlis pelancaran telefilem lakonannya berjudul 7 Minggu Sebelum Kahwin di Dadi Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Menyedari kehidupan sebagai seorang selebriti sering menjadi perhatian, Nora bagaimanapun tidak pernah merasakan pakaian digayakannya keterlaluan dan seksi seperti diperkatakan.

"Saya pun kalau boleh tak nak la seksi sangat. Tapi kadang-kadang naluri saya sendiri. Saya rasa bila pakai tak seksi, tapi orang kata seksi," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sering dikecam berimej seksi, netizen tak senang Nora Danish dipilih jadi model hijab - “Kalau gatal pandangannya, maka gatallah”

ARTIKEL BERKAITAN: “Takkan nak flat macam wallet kamu...” - Nedim tegur netizen komen lucah pada foto Nora Danish

Nasib baik, saya mempunyai seorang suami yang sangat kuat.

NORA DANISH

PELAKON

Dalam pada itu, Nora memberitahu dia bersyukur kerana suami iaitu Nedim Nazri Aziz sentiasa tenang apabila dirinya berdepan dengan kecaman netizen.

"Nasib baik, saya mempunyai seorang suami yang sangat kuat. Dia pun macam ‘whatever la’ dan okay saja. Macam saya katakan, dia pun kahwin dengan selebriti.

"Jadi dia kena faham la selok-belok dalam industri macam mana. Dia tenang saja sebab ada lagi masalah lebih besar untuk difikirkan.

"Saya pun kata la, inilah dugaan saya dan dia pun sama-sama support. Doa yang baik-baik dan jangan pandang negatif, bila pandang positif, semuanya akan jadi positif," ujarnya.

Nora Danish

Nora gembira suami sentiasa menyokongnya.

Sementara itu, pelakon drama Puteri Reunion ini mengakui komen dan kritikan netizen banyak memberi kesedaran kepadanya dalam soal berpakaian.

"Sebenarnya kadang-kadang kata-kata mereka (netizen) ini buat saya terfikir dua tiga kali juga sebelum nak menggayakan pakaian. Mungkin saya ini seorang yang tidak la terlalu seksi.

"Tapi bila orang kata seksi, mungkin lepas ini saya kurangkan berkongsi di laman sosial. Mungkin saya ambil sambil lewa, sebab apa netizen kata ada baiknya," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

LTAPP turut dilanda banjir