suria

Dah puas berlakon, Khatijah Tan akui hanya terima watak mencabar... Sudah fikir untuk bersara

Khatijah pernah terfikir untuk undur diri dari dunia seni.

LAPAN tahun menetap di Ipoh, Perak bersama suami, pelakon veteran Khatijah Tan mengakui pernah berhasrat untuk mengundurkan diri dari dunia seni.

Bagaimanapun aktres berusia 61 tahun ini tidak dapat meneruskan niatnya itu disebabkan beberapa tawaran lakonan yang diterima sukar untuk ditolak.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga Khatijah Tan terima gangguan misteri, Mikail Andre cerita tedung senduk masuk rumah... bau kemenyan - “Kami tiada musuh”

Mahu mencari kelainan dalam lakonannya, ibu kepada pelakon dan pengarah Pierre Andre itu berkata, dia kini menetapkan had dalam karier seninya.

Khatijah Tan

Khatijah memegang watak sebagai Midah dalam filem Tiga Janda Melawan Dunia.

"Dah lapan tahun saya duduk Ipoh dan suami pun dah pencen... jadi, saya rasa macam nak rehat saja. Tapi ada job yang dapat, saya tak pernah buat.

"Jadi, saya rasa tak boleh juga nak berhenti dari dunia seni tapi saya hadkan lakonan saya. Kalau tengok, saya tak muncul lagi dekat mana-mana drama.

"Cuma saya muncul dalam telemovie atau filem saja. Sebab saya mencari kelainan. Saya pun dah puas buat macam-macam dari komedi dan serius," katanya kepada mStar.

Khatijah ditemui ketika majlis pratonton dan sidang media filem Tiga Janda Melawan Dunia di GSC Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya pada Selasa.

Kalau tengok, saya tak muncul lagi dekat mana-mana drama.

KHATIJAH TAN

PELAKON

Selain Khatijah, filem arahan pengarah muda Hyrul Anuar itu turut dibintangi oleh Raja Azura, Normah Damanhuri, Rosnah Mat Aris, Norman Hakim dan dua pelakon baharu iaitu Abbas Mahmood dan Ellyza Azizi.

Filem komedi yang akan ditayangkan bermula 19 Mei itu menampilkan sisi lakonan berbeza Khatijah, Normah dan Raja Azura.

Dalam pada itu, Khatijah memberitahu dia akan menolak tawaran watak yang sama dan tidak lagi mencabar dirinya sebagai seorang pelakon.

"Saya ini seorang yang tak suka buat sesuatu benda yang sama. Saya suka benda yang berlainan. Bila dapat tawaran yang sama, kita rasa tak mencabar diri lagi.

Raja Azura

Sisi berbeza Khatijah, Raja Azura dan Normah Damanhuri.

"Jadi, saya mencari benda yang tak pernah saya buat. Ada juga telefilem yang saya buat walaupun penat sebab ia benda baharu. Sama juga dengan filem Tiga Janda Melawan Dunia.

"Kalau watak ibu biasa yang selalu itu, saya tak rasa pun nak buat. Bagi saya, sebelum saya mati, saya nak cuba buat benda yang tak pernah buat.

"Sebab itu saya sanggup buat shortfilem yang bayaran sekadar token tapi ia sesuatu yang berlainan dan buat saya rasa puas," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain