suria

Buat cabaran cari duit raya RM1,000 tersembunyi, netizen kantoikan rupanya Aisar Khaled dah ‘plan’ dengan saudara sendiri

Aisar Khaled dituduh tak jujur buat 'content'.

TINDAKAN YouTuber Aisar Khaled membuat cabarannya meminta orang ramai mencari duit raya bernilai RM1,000 yang diletakkan di sebuah lokasi tersembunyi rupa-rupanya hanya gimik.

Perkara itu dibongkarkan netizen yang mendedahkan individu berjaya mendapat duit raya tersebut adalah saudaranya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib tak dendam, maafkan Aisar Khaled buat ‘content’ ziarah kubur Siti Sarah - “Tiada guna sakit hati, kena ingat kematian hampir dengan kita”

Menerusi hasil penyiasatan sebuah akaun @tehais, Aisar pernah bergambar dengan individu yang dikenali sebagai Syakir itu pada sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017.

Oleh yang demikian ramai yang beranggapan, YouTuber tersebut sudah berpakat dengan saudaranya itu bagi menghasilkan 'content' terbabit.

Kesian orang datang cari duit tu tak jumpa, rupanya dah bagi dekat saudara sendiri

NETIZEN

"Aisar buat kerja tak clean. Mungkin Aisar nak bagi duit raya dekat cousin dia. Kita husnuzon okey geng!

"Dah kantoi saudara sendiri yang ambil. Baik sedekah dekat anak yatim dapat fadhilatnya.

"Kesian orang datang cari duit tu tak jumpa, rupanya dah bagi dekat saudara sendiri" ujar beberapa netizen.

AISAR6

Aisar sering mencetuskan kemarahan netizen dengan 'content' yang dilakukannya.

Pada Rabu, Aisar memuat naik video di TikTok yang menunjukkan duit raya bernilai RM1,000 diletakkan di kawasan tersorok di Terengganu dengan meminta orang ramai datang mengambilnya.

"Di tangan Aisar ada RM1,000. Aisar letak duit satu tempat. Awak jumpa tag Aisar tau, Aisar kongsi duit raya RM1,000 ni," ujarnya.

Kemudian seorang lelaki bernama Syakir mengucapkan terima kasih kerana sudah menjumpai duit tersebut dan mahu menggunakannya untuk menampung pengajian.

Sehingga kini video yang dimuat naik pada petang Rabu itu kini sudah mencecah 1.8 juta tontonan di TikTok miliknya.

Untuk rekod, Aisar sebelum ini pernah dikecam beberapa kali termasuk merakam video di kubur Allahyarham Siti Sarah tanpa mengambil kira sensitiviti ahli keluarga demi kandungan siaran YouTube miliknya.

@.tehais Murah rezeki Aisar #fyp #kazen ♬ Dunia Tipu Tipu - D'Reko

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain