suria

Peminat asyik tanya bila nak keluar album baharu, Bandi Amuk minta kumpul dulu 13 album sebelum ini!

Bandi akui Amuk belum ada perancangan untuk buat konsert dan album baharu.

PENYANYI Bandi memberitahu dia banyak menerima permintaan daripada peminat yang ingin melihat kumpulannya iaitu Amuk mengeluarkan album baharu.

Bukan sahaja album, menurut Bandi atau nama sebenarnya Nasabandi Jumat, dia juga kerap menerima pertanyaan mengenai konsert Amuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Rindu Ramadan sebelum Covid-19, Bandi Amuk banyak habiskan masa di masjid, niat nak khatam al-Quran

Bagaimanapun, penyanyi berusia 55 tahun ini memberitahu dia dan ahli kumpulannya tidak mempunyai perancangan berhubung dua perkara tersebut.

Nak buat konsert kena ada perancangan yang betul-betul, tak boleh main suka-suka

BANDI

VOKALIS AMUK

"Kadang-kadang ada juga peminat tanya kenapa Amuk tak nak buat album baru sekarang. Tapi saya tanya balik kepada mereka, Amuk ada berapa album? Dia kata tujuh tapi sebenarnya ada 13 album.

"Jadi, ada enam album yang dia perlu cari. Bukan tanya fasal album saja, tapi mereka juga bertanyakan tentang konsert Amuk. Tapi kami memang tak ada perancangan lagi.

"Nak buat konsert ini kena ada perancangan yang betul-betul, tak boleh main suka-suka saja buat," kata Bandi kepada mStar.

Untuk rekod, Amuk sudah mempunyai 13 album antaranya Bertemu Ruas, Semakin Buas, Amuk Live In Hard Rock Cafe dan 130 buah lagu termasuklah Akar Dan Bumi.

Bandi akan lapangkan masa untuk solat tarawih di masjid.

Bandi kembali aktif membuat persembahan selepas perayaan Aidilfitri.

Dalam pada itu, berkongsi mengenai aktiviti seni, peserta program Gegar Vaganza musim kelapan ini memberitahu dia akan kembali sibuk dengan persembahan pentas selepas Aidilfitri.

"Masa bulan Ramadan saya memang berehat sekejap dari bidang seni sebab ada yang jauh dan selain itu nak fokus kepada ibadah puasa. Kalau ada saya pergi pun berdekatan saja.

"Tapi selepas raya ini, jadual saya dah kembali padat. Insya-Allah akan ada show di Sarawak dan beberapa lokasi lagi. Saya pun akan keluarkan satu lagu.

"Kalau peminat nak tahu perkembangan saya, kena la sentiasa tengok laman sosial saya, akan ada kejutan buat mereka," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain