suria

Nikki Palikat ambil cuti dua minggu balik kampung

Nikki mahu ambil cuti panjang balik ke kampung di Sabah.

SIBUK dengan aktiviti seni sepanjang April, penyanyi Nikki Palikat akan pulang ke kampungnya di Sabah pada penghujung Mei bagi menyambut Hari Kaamatan.

Nikki atau nama sebenarnya Nicolette Louisa Palikat berkata kali terakhir dia bertemu ibu dan bapanya sebelum program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) bermula.

ARTIKEL BERKAITAN: Nikki Palikat bangga berjaya puasa 4 hari, teringat kenangan berbuka di masjid... Paling seronok singgah bazar Ramadan

Menurut penyanyi berusia 37 tahun itu, dia akan bercuti panjang selama dua minggu untuk meluangkan masa dengan keluarganya di sana.

Sebenarnya saya balik pun nak jumpa ibu dan bapa saya.

NIKKI PALIKAT

PENYANYI

"Saya akan balik Sabah tapi dalam hujung bulan Mei sebab fiesta Kaamatan. Jadi, nak juga jumpa keluarga. Saya pun dah lama tak balik jumpa mereka di sana.

"Sebelum GV bermula saya sempat juga balik ke kampung dalam sekitar Oktober tahun lalu... yang lain ada la balik tapi memang sekejap saja.

"Cuma kali ini, saya nak balik sana paling kurang pun dalam dua minggu macam itu," kata Nikki kepada mStar.

Untuk rekod, naib juara GV8 itu berasal dari Tambunan, Sabah dan berketurunan kadazan dusun.

Nikki 1

Nikki mahu kerap pulang ke kampung.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sudah ini mengakui dia perlu kerap pulang ke kampung kerana kedua ibu bapanya sudah semakin dimakan usia.

"Sebenarnya saya balik pun nak jumpa ibu dan bapa saya. Bila dah meningkat usia ini, saya rasa dah kena lebih kerap balik berjumpa dengan mereka.

"Nasib baik ada kakak dan adik yang menjaga mereka di sana. Kalau tak, ada juga rasa bimbang. Saya rasa bagus juga kalau dapat jumpa mereka lebih kerap.

"Sekarang ini, keadaan negara kita pun dah semakin normal dan tidak seteruk dahulu. Jadi, saya rasa keadaan semakin baik, saya boleh kerap pulang," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain