suria

Yasin Sulaiman cipta lagu dalam penjara, luah perasaan minta dibebaskan

Luahan hati Yasin ketika dalam penjara.

LEBIH sebulan ditahan di Penjara Sungai Buloh akibat tuduhan mengedar dadah jenis kanabis, penyanyi Yasin Sulaiman sempat menghasilkan lagu bagi meluahkan isi hatinya.

Perkara itu dikongsi menerusi akaun Instagram komposer tersebut yang dipercayai kini dikendalikan oleh keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga lancar tabung bantuan, biaya kos guaman Yasin Sulaiman

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq jumpa keluarga Yasin, kesal terlepas pandang mesej minta tolong di Facebook

“Lagu ini dicipta oleh Yasin semasa di Penjara Sungai Buloh.

“Yasin meminta lirik lagu ini dikongsikan dalam Instagram untuk sahabat, teman dan peminat,” tulisnya.

Lagu diberi tajuk Bebaskan Aku itu seolah-olah meminta pertolongan dan mahu dibebaskan daripada tirai besi itu.

Hatiku berkecai seolah sudah tiada, dan jiwaku ini terus meronta, ingin bebas dan bersamamu semula

LIRIK LAGU BEBASKAN AKU

“Ku utuskan kata-kata di sebalik tirai besi, tanpa dapat kutitiskan air mata sepi, bila kukatakan semuanya baik di sini, ku tak ingin engkau rasa susah hati.

“Hatiku berkecai seolah sudah tiada, dan jiwaku ini terus meronta, ingin bebas dan bersamamu semula,” antara lirik lagu berkenaan.

Dia turut meletakkan kredit dengan tertera nama Yasin sebagai komposer dan lirik ditulis olehnya bersama Jo Tan di Klinik Penjara Sungai Buloh.

IMG_2176

Yasin ketika dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan.

Tercatat lagu berkenaan ditulis pada Syawal 1443 Hijrah bersamaan Mei 2022.

Untuk rekod, Yasin berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di sebuah kondomonium pada 24 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1957 dan boleh dihukum mengikut seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat maksimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain