suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sakit perut sampai susah gerak, Uyaina Arshad selamat jalani pembedahan apendiks... Mohon doa anak dalam kandungan sihat

Uyaina selamat jalani pembedahan akibat apendiks.

PELAKON Uyaina Arshad selamat menjalani pembedahan membuang apendiks di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor pada Isnin.

Menerusi Instagram, Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 30, memberitahu dia mengalami sakit pada bahagian bawah perut sebelum dibawa mendapatkan rawatan oleh suaminya yang juga penyanyi Raja Syahiran.

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad terpaksa umum hamil kerana ramai tanya, ‘baby bump’ dah tak boleh sorok

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina umum hamil anak pertama, teruja kali pertama sambut Ramadan sebagai isteri dan bakal ibu

"Bangun tidur semalam terus rasa sakit sangat pada bahagian bawah kanan perut sehingga susah hendak bergerak.

"Suami terus membawa saya ke pusat perubatan dan saya ditahan di wad sebelum pembedahan," jelasnya.

uyaina 2

Uyaina dan suami, Raja Syahiran

Tambah Uyaina dia bersyukur apendiks yang dialami dapat dikesan awal dan menerima rawatan segera sebelum menjadi lebih parah.

Saya bertuah sebab apekdiks itu belum pecah. Jika tidak tak tahu apa jadi!

UYAINA ARSHAD

PELAKON

"Saya bertuah sebab apendiks itu belum pecah. Jika tidak tak tahu apa jadi.

"Syukur pembedahan berjalan lancar," katanya.

uyaina

Rakan artis dan peminat mendoakan semoga Uyaina cepat sembuh.

Uyaina yang kini hamil tiga bulan turut memaklumkan kandungannya berada dalam keadaan baik dan memohon doa agar diberi kesembuhan segera.

Untuk rekod Uyaina dan Syahiran mendirikan rumah tangga pada 20 Disember tahun lalu.

Uyaina berkongsi rasa teruja menyambut Ramadan dan Syawal kali ini sebagai seorang isteri dan bakal ibu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain