suria

Hasrat luang masa bersama tak kesampaian, ibu Que Haidar meninggal dunia akibat Covid-19

Ibu Que Haidar meninggal dunia akibat Covid-19

IBU kepada pelakon Que Haidar meninggal akibat Covid-19 kira-kira pukul 1.20 pagi Ahad di Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu, Johor.

Berkongsi berita sedih itu, Que turut memaklumkan ibunya Allahyarham Rahmah Hussein turut menghidapi penyakit lain seperti kencing manis, masalah jantung dan darah tinggi sejak beberapa tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Que Haidar tegur pengurus produksi tiada etika, terpaksa tolak tawaran berlakon - “Mungkin pelakon lain boleh tutup mata”

ARTIKEL BERKAITAN: Que Haidar dianggap tak profesional tegur etika kerja di laman sosial, PM mengaku sudah minta maaf cara baik - “Saya tanya date dulu sebab tak mahu buang masa dia”

“Kakak menghubungi saya memaklumkan keadaan ibu yang nazak. Arwah sempat mengadu sakit dada kepada kakak sebelum meninggal dunia,” katanya.

Mendapat perkhabaran tersebut pada Sabtu, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Teng Haidar, 43, segera pulang ke Johor.

que 2

Que sempat membawa ibunya berjalan-jalan pada Januari lalu

“Saya segara pulang ke kampung memikirkan arwah ibu masih kuat ketika itu.

“Semasa diberitahu, abang saya juga ada maklumkan jantung ibu kembali stabil selepas empat kali terkena serangan jantung. Namun Allah lebih sayangkan ibu,” ceritnya.

Arwah sempat mengadu sakit dada kepada kakak sebelum meninggal dunia

QUE HAIDAR

PELAKON

Que sempat tiba di hospital pada pukul 6 petang semalam.

Menurut Que lagi, kali terakhir dia bertemu ibunya adalah pada Januari lalu.

Dia yang merancang untuk meluangkan masa bersama arwah pada hujung bulan ini turut meluakan rasa kesal kerana tidak sempat berbuat demikian.

“Kebetulan saya terlibat dalam penggambaran di Mersing pada hujung bulan ini, jadi perancangan mahu meluangkan masa bersama ibu, Namun tidak kesampaian,” ujarnya.

Jenazah Allahyarham Rahmah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Taib Andak, Kulai, Johor.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain