suria

Tiga hari bergelar suami, Safwan Nazri rasa janggal serumah dengan isteri… Terkejut ‘followers’ Instagram tiba-tiba melambung

Safwan dan isteri bernikah selepas sembilan tahun bercinta

SELAMAT bergelar suami pada Jumaat lalu, pelakon Safwan Nazri mengakui masih berasa janggal dengan status baharu itu.

Biarpun sudah mengenali wanita itu selama sembilan tahun, Safwan, 28, memberitahu perasaan selepas bernikah seperti baru bercinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Uyaina Arshad dah ‘off market’, sah bergelar isteri Raja Syahiran

ARTIKEL BERKAITAN: Zulin Aziz selamat bergelar isteri, terima hantaran RM30,000

“Rasa pelik juga sekarang ini ada isteri apabila bangun tidur dan tinggal bersama.

“Kami dah kenal selama sembilan tahun. Walau sudah tahu perangai masing-masing, tetapi perasaan selepas bernikah seperti baru bercinta.

“Pernikahan ini adalah satu tanggungjawab besar buat saya selepas ini sebagai seorang suami,” katanya ketika dihubungi mStar.

safwan nazri 3

Safwan dan isteri diraikan dalam majlis resepsi yang berlangsung pada Sabtu

Safwan dinikahkan dengan kakitangan kerajaan Fathin Nur Amalina di sebuah dewan di Kuala Lumpur.

Pada majlis itu, Safwan memberi mas kahwin bernilai RM1,001 dan hantaran sebanyak RM20,000.

Sementara itu, Safwan turut memberitahu isterinya juga terkejut apabila jumlah pengikut di media sosial meningkat selepas berkahwin.

Walau sudah tahu perangai masing-masing, tetapi perasaan selepas bernikah seperti baru bercinta

SAFWAN NAZRI

PELAKON

“Isteri saya berkhidmat sebagai seorang kakitangan kerajaan. Jadi dia tidak biasa dengan dunia glamor dan terkejut apabila pengikut di Instagram meningkat selepas kami berkahwin.

“Bagaimanapun dia sudah faham bagaimana cara kerja seorang pelakon seperti jadual yang tidak menentu dan balik kerja lewat malam.

“Sebab itu juga saya memilih dia sebagai isteri kerana dia sangat memahami dan memberi sokongan untuk saya terus berlakon,” ujarnya.

Bercakap tentang perancangan keluarga, pasangan ini tidak menolak jika dikurniakan anak dalam masa terdekat.

Selain itu, pelakon drama Halim Halima ini merancang untuk berbulan madu di Pulau Langkawi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain