suria

Positif Covid-19, Tasha Mansahar kuarantin dengan anak usia 3 bulan... Dapat banyak DM elak bayi dijangkiti

Tasha jalani kuarantin bersama anak keduanya yang berusia tiga bulan.

PENYANYI Tasha Manshahar disahkan positif Covid-19 dan kini menjalani kuarantin kendiri di rumah bersama bayinya, Mateen Rizqi.

Berkongsi mengenai gejala awal, Tasha atau nama sebenarnya Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar berkata dia mula mengalami sakit tekak pada Ahad lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu terpaksa dikomakan akibat Covid-19, Tasha Manshahar mohon doa peminat

Selain itu, penyanyi berusia 29 tahun itu turut mengalami gejala berterusan seperti pening kepala, sakit sendi, hidung tersumbat dan batuk.

"Simptom saya bermula Ahad lalu. Lepas itu dia macam berperingkat. Ahad, sakit tekak bawa ke Isnin. Selasa, tekak bertambah sakit, sakit sampai telinga.

Tasha 1

Hanya Tasha sahaja disahkan positif Covid-19.

"Petang kurang tapi datang pening kepala. Nak dekat maghrib, datang sakit sendi pula. Seram sejuk rasa. Telan panadol, selesai.

"Rabu, simptom yang semalam semua dah tak ada, hidung tersumbat pula. Khamis, hidung tersumbat dengan batuk. Suara pun dah mula serak sengau.

"Jumaat, batuk dengan hidung tersumbat tapi dah kurang. Sekali sekala datang kepala rasa berat," katanya menerusi Instagram miliknya.

Penyanyi lagu Bukan Aku ini turut memberitahu dia tidak mengalami demam panas dan masih mempunyai deria rasa serta bau.

Saya dapat banyak DM daripada ibu yang pernah melalui pengalaman macam ini.

TASHA MANSHAHAR

PENYANYI

Tasha kini menjalani kuarantin bersama anak keduanya yang masih menunggu keputusan ujian calitan.

Manakala suaminya iaitu penyanyi Raqib Majib dan anak pertama mereka, Muammar Rafiqi tidak dijangkiti wabak itu.

Dalam pada itu, Tasha mengakui dia berdepan dengan risiko apabila membuat keputusan untuk membawa bayinya yang berusia tiga bulan kuarantin bersama.

Menurut Tasha, dia banyak menerima mesej daripada kaum ibu yang melalui pengalaman sama dan berharap anaknya tidak dijangkiti virus itu sehingga tamat tempoh kuarantin.

"Sebelum buat keputusan untuk bawa Mateen kuarantin bersama saya, risiko terbesar adalah Mateen pun akan positif.

Tasha 2

Tasha tak sabar untuk bersama suami dan anak pertamanya semula.

"Saya memang cuba sedaya upaya ikut guidelines, buat apa yang termampu supaya Mateen kekal negatif dan kami boleh cepat bersama dengan daddy dan Muammar.

"Semalam saya dapat banyak DM daripada ibu yang pernah melalui pengalaman macam ini. Alhamdulillah baby negatif sampai kuarantin. Saya harap Mateen pun macam tu.

"Tapi dalam hati sejujurnya, saya juga letakkan sedikit persediaan sekiranya selepas ikhtiar, Mateen positif juga," katanya.

Untuk rekod, Tasha berkahwin dengan penyampai radio Zayan, Raqib Majid pada 8 September 2018 dan dikurniakan dua zuriat, Muammar Rafiqi, 3 dan Mateen Rizqi, tiga bulan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain