suria

Jaguh silat negara, Al Jufferi Jamari ‘terjun’ ke bidang lakonan, belum sedia bawa watak cinta

Jufferi seronok mencuba dunia lakonan dan terbuka menerima tawaran lain

MENCUBA nasib dalam bidang lakonan, jaguh silat negara Al Jufferi Jamari tidak menolak jika menerima lebih banyak tawaran pada masa akan datang.

Bagaimanapun menurut Jufferi atau nama sebenarnya Muhammad Al Jufferi Jamari, 30, dia harus meletakkan limitasi watak-watak yang bersesuaian khususnya yang boleh mengangkat seni silat Melayu.

ARTIKEL BERKAITAN:Paskal The Movie’ angkat standard filem aksi tempatan

ARTIKEL BERKAITAN: Kejayaan filem aksi beri Darling keyakinan angkat kisah anggota bomba

“Untuk watak bercinta atau drama, mungkin belum lagi buat masa sekarang sebab masih banyak yang perlu saya pelajari.

“Biarlah saya fokus dahulu untuk tawaran berlakon filem atau drama aksi. Itu kelebihan yang boleh saya tonjolkan,” ujar Jufferi kepada mStar.

Jufferi juga cukup faham akan cabaran yang bakal dihadapi apabila namanya mula dikenali dalam bidang seni.

jufferi 3Jeffery akui masih baru dan banyak yang ingin dipelajari dalam dunia lakonan.

Bagi Jufferi yang pernah menjadi juara kejohanan dunia sebanyak tiga kali, kontroversi dan cabaran yang dilalui dalam dunia sukan cukup mematangkan diri.

“Saya sudah 13 tahun bergelar atlet silat Malaysia. Kontroversi dalam dunia sukan lebih hebat lagi. Kejatuhan seorang atlet itu boleh membuatkan dirinya tersingkir terus dari bidang sukan.

“Jadi saya rasa gosip dan cabaran dalam dunia hiburan ini saya boleh hadapi,” ujarnya.

Saya terbuka menerima tawaran berlakon filem ini kerana merasakan kurang pelakon aksi di Malaysia

AL JUFFERI JAMARI

PELAKON/ATLET

Jufferi ditemui ketika majlis tayangan perdana filem pertama lakonannya berjudul Syahadan di Petaling Jaya pada Sabtu.

Filem ini turut menampilkan pelakon veteran Anuar Rahman dan bakal menemui penonton bermula 17 Februari.

“Saya terbuka menerima tawaran berlakon filem ini kerana merasakan kurang pelakon aksi di Malaysia.

“Selain itu saya sendiri ada kelebihan bersilat, jadi aksi dalam filem ini nampak lebih real,” jelasnya.

jufferi 2KDYMM Pemangku Raja Pahang hadir memberi sokongan pada malam tayangan perdana filem Syahadan.

Syahadan yang bermaksud permulaan sebuah cerita membawa kisah sosial masyarakat dan dalam masa sama mengangkat kehebatan seni silat Melayu.

Meskipun belum ditayangkan, karya ini sudah mendapat perhatian sebuah produksi dari Turki yang mahu mengadakan penggambaran sekuel.

Filem ini turut mendapat sokongan pihak Istana dengan kehadiran KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada malam tayangan perdana.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain