suria

AJL36 berlangsung pada 6 Mac depan

Ernie turut bersaing dengan Noraniza Idris bersama Bunga Isme.

TEKA-TEKI tarikh Anugerah Juara Lagu yang ke-36 akhirnya terjawab apabila pihak produksi mengumumkan siaran malam kemuncak akan diadakan pada 6 Mac depan.

Pengumuman itu dilakukan menerusi program hiburan Melodi yang bersiaran secara langsung pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi fesyen pelik, Aina Abdul mahu fokus susunan muzik AJL36

Acara tahunan berprestij untuk memartabatkan lagu terbaik itu akan bersiaran dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur bermula pukul 9 malam.

AJL 1

Lagu Lara nyanyian Hael, Naim dan Haqiem turut bersaing di pentas AJL36.

Bagi menyemarakkan lagi, iklan penjenamaan AJL 36 yang berkonsepkan spektrum warna melambangkan tenaga muzik sama turut dilancarkan secara rasmi di TV3 dan laman media sosial rasmi TV3 Malaysia Official.

Rentak AJL 36 menyatukan kesemua finalis yang mengetengahkan genre muzik berbeza juga memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa bersama mengharungi cabaran melawan penularan virus Covid-19.

Ia juga menggambarkan aura generasi terkini yang sentiasa berani mencuba sesuatu yang baharu selain penggunaan elemen “glitch” dalam iklan itu juga menjurus kepada era digitalisasi dan moden.

AJL 2

Khai dan Aina pertaruhkan lagu Nafas Cinta.

Dalam keterujaan untuk meraikan lagu-lagu terbaik tahun 2021, pihak TV3 dan produksi akur dengan situasi semasa negara yang masih diancam dengan penularan virus Covid - 19.

Selepas penganjuran dalam norma baharu di edisi tahun lalu, pihak TV3 dan produksi akan memperinci prosedur operasi standard yang harus dipatuhi supaya acara itu dapat dianjurkan dengan terancang, sempurna selain memastikan aspek keselamatan warga kerja terjaga.

12 karya dipertaruhkan iaitu Boneka (Ernie Zakri), Pelukan Angkasa (SOG & Shila Amzah), Intan Payung (Noraniza Idris & Bunga), Purnama (Naim Daniel), Aewo (Shiha Zikir, Noki) dan Salahku (Yonnyboii).

Selain itu, dua karya penyanyi Aina Abdul iaitu Sepi dan Nafas Cinta duet bersama penyanyi Khai Bahar, Mimpi (Haqiem Rusli), Lara (Hael Husaini, Naeim Daniel, Haqiem Rusli), Angkara (Siti Nordiana), Cinta (Marsha Milan).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain