suria

Sedar diri tidak hebat, Fazley Yaakob mengaku hanya penyanyi rakaman

Fazley mengakui dia bukanlah penyanyi yang hebat.

SELEPAS program Gegar Vaganza musim kelapan, penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob tampil dengan mini showcase yang diadakan pada Sabtu lalu.

Fazley,43, berkata Mini Showcase Yang Sedang Sedang Sahaja Datuk Fazley Yaakob itu bukan untuk membuktikan dirinya seorang penyanyi yang hebat, sebaliknya mahu menghiburkan peminat yang rindu dengan persembahannya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Fazley Yaakob tak mahu bertanding lagi, selesa menyanyi dalam studio - “Saya bukan penyanyi pentas”

"Saya tidak mahu membuktikan apa apa. Cukup sekadar menghiburkan mereka yang sanggup membeli tiket. Sokongan itu adalah kunci kejayaan saya.

Fazley 2

Fazley mahu hiburkan peminat.

"Saya bukan la seorang penyanyi yang hebat, yang sedang-sedang sahaja. Saya hanya sekadar seorang penyanyi rakaman.

"Tetapi apa yang mengharukan saya adalah sokongan tanpa henti daripada peminat dan ahli keluarga,” katanya kepada mStar.

Saya hanya sekadar seorang penyanyi rakaman.

FAZLEY YAAKOB

PENYANYI

Penyanyi lagu Asmara Ini menyampaikan 22 buah lagu di malam showcase yang diadakan di Suka Sucre Bistro, Hartamas.

Seramai 100 penonton termasuk ahli keluarga, rakan-rakan perniagaan, sahabat terdekat, peminat dan rakan-rakan media hadir memeriahkan majlis.

Malah menariknya, tiket konsert mini yang julung kali diadakan selepas lapan tahun menyepi daripada industri itu juga habis dijual dalam tempoh tidak sampai seminggu.

Fazley 1

Fazley akan terlibat dengan beberapa mini konsert lagi.

Dalam konsert yang berlangsung selama dua jam itu, Fazley mengumumkan dia bakal terlibat dengan beberapa mini konsert berbentuk jelajah dengan kerjasama Starbucks.

Selain itu, Fazley turut berharap karier seni nyanyiannya akan terus menyinar dengan sokongan peminat.

"Saya berharap menerusi konsert ini, kerjaya seni suara saya juga akan terus menyinar dan pastinya dengan sokongan anda semua,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain