suria

[VIDEO] Duduk di kerusi juri Big Stage 2022, Aliff Aziz kongsi pengalaman bertanding di GV8

DUDUK di kerusi juri program Big Stage 2022 (BS22) bukanlah satu tugas mudah buat penyanyi Aliff Aziz yang baru sahaja bergelar juara Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Pemilik nama Mohamad Aliff Aziz, 31, ini memberitahu tugasnya bukan sekadar memberi markah kepada 12 peserta yang bertanding, malah juga berkongsi pengalaman yang baru sahaja dilalui sepanjang lapan minggu di pentas GV8.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz tepati ramalan juara GV8, bawa pulang RM100,000

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz bimbang video imamkan solat ganggu niat baiknya

"Saya anggap diri saya sebagai abang kepada mereka semua.

"Apa yang mereka lalui di belakang pentas sama sahaja seperti saya dan rakan-rakan GV8 ketika membuat persediaan.

"Saya sekadar memberi nasihat mengikut pengalaman yang pernah saya lalui sebelum ini,"ujar Aliff kepada mStar.

aliff 3

Berkongsi pengalaman yang masih segar sepanjang di pentas GV8

Penyanyi lagu Coba ini ditemui pada sidang media selepas konsert minggu pertama BS22 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam Ahad.

Dalam pada itu, Aliff juga turut berkongsi nasihat kepada semua peserta supaya tidak mensia-siakan peluang berada di pentas BS22.

Saya harapkan mereka mengambil berat tanggungjawab sebagai seorang peserta BS22

ALIFF AZIZ

PENYANYI

"Melihat mereka di atas pentas bagaikan mengimbau kenangan ketika mula saya menyertai GV8.

"Ada antara mereka yang sudah biasa menyanyi di media sosial, namun ia tidak sama seperti membuat persembahan di atas pentas.

"Ramai lagi orang di luar sana yang mahukan tempat mereka ini.

"Saya harapkan mereka mengambil berat tanggungjawab sebagai seorang peserta BS22.

"Muzik adalah seni yang perlu kita letakkan sepenuh perasaan dan minat," ujarnya.

aliff 2

Bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ajai ketika minggu pertama BS22

Aliff diundang sebagai juri juara untuk minggu pertama BS22 yang menyaksikan 12 peserta berentap merebut gelaran juara.

Kerusi juri juara akan diisi oleh selebriti yang pernah bergelar juara dalam mana-mana program terbitan Astro.

Juara BS22 bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM 100,000.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain