suria

Ray dah jangka tersingkir kerana tiada bakat menyanyi, sesak nafas menyorok dalam kostum Harum Manis

Ray dah jangka tersingkir minggu pertama TMSM2.

IDENTITI selebriti yang memakai kostum Harum Manis akhirnya terungkai apabila penyampai radio Era iaitu Ray merupakan individu yang bersembunyi di sebalik topeng berkenaan.

Menjadi peserta pertama tersingkir dalam program The Masked Singer Malaysia musim kedua (TMSM2), Ray atau nama sebenar Shah Reza Mohd Shah mengakui bukan tugas mudah menyembunyikan diri di sebalik kostum berkenaan.

Kata Ray, dia juga sudah bersedia tersingkir awal kerana kurang berbakat dalam bidang nyanyian.

ARTIKEL BERKAITAN: Gandingan Bersama Johan Lonjak Populariti Ray & Hanif

"Alhamdulillah dan terima kasih buat semua yang menonton TMSM2 malam tadi.. saya tersingkir di minggu pertama itu memang dah dijangka sebab iyalah kita ni tak pandai menyanyi tapi kita pandai menghiburkan sebab tu dah memang kerja kita.

"Berada di atas pentas bersama kostum Harum Manis untuk musim kedua ni memang lemas, sesak nafas dan berpeluh.

ray 3

Juri dan hos tidak dapat meneka siapa individu di sebalik kostum.

"Tapi itulah kesusahan yang kena hadap dalam kostum tu. Memang best pengalaman yang takkan dilupakan," katanya menerusi laman Instagram pada Sabtu.

Dalam saingan minggu pertama, Harum Manis menyampaikan lagu berjudul Oh La La nyanyian asal kumpulan KRU.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut turut terkejut tidak menyangka Ray merupakan individu di sebalik topeng berkenaan.

Terima kasih kepada semua juri-juri yg bagi komen membina buat saya, korang memang kecoh, happening!

RAY

PENYAMPAI RADIO ERA

"Memang tak sangka tu Ray tapi suara sedap je dengar.

"Pening kami sekeluarga fikir siapa pula dalam topeng Harum Manis ni, rupa-rupanya ini orangnya," komen netizen.

Dalam pada itu, penyampai segmen Johara Pagi Era ini mengucapkan terima kasih kepada juri dan pihak produksi kerana memberikan kepercayaan kepadanya menyertai program berkenaan.

ray 2

Ray memakai kostume Harum Manis tersingkir minggu pertama.

"Terima kasih kepada semua juri-juri yg bagi komen membina buat saya, korang memang kecoh, happening! Tidak lupa pada guru-guru vokal saya yang banyak beri tunjuk ajar pada saya.

"Terima kasih produksi Astro sebab memberi kepercayaan dan peluang besar ini termasuklah team Era. Saya lakukan ini kerana famili besar kita," ujarnya.

The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Rlla Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.

Ia dihoskan oleh Datuk AC Mizal, bersiaran setiap Jumaat, pukul 9 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain