suria

Ada pelakon baharu tak kenal Hamidah Wahab, hanya tegur ‘hai’ di set penggambaran

Selagi menerima tawaran, Hamidah akan terus berlakon.

MASIH aktif menerima tawaran, pelakon veteran Hamidah Wahab, 65, belum melihat dirinya akan berundur dari dunia seni lakonan dalam masa terdekat.

Sebagai seorang pelakon berpengalaman, dia cukup faham ragam dunia seni dan tahu bila masanya yang sesuai untuk menamatkan kerjaya lakonan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Apa dosa pelakon senior?” - Jalil Hamid tak hairan dilabel hero tua, sejak muda disuruh berlakon jadi datuk

ARTIKEL BERKAITAN: “Disiplin tiada, skrip tak hafal... zaman followers” - Makin ramai artis senior hentam sikap pelakon baharu ‘bajet bagus’

“Waktu muda saya pernah menjadi model, ketika itu saya tahu bila nak berhenti. Sebelum orang halau lebih baik perlahan-lahan tarik diri.

“Dalam dunia lakonan juga sama. Sentiasa bersedia sebab kita semakin tua.

hamidah wahab 1

Hamidah akan perlahankan kerjaya seni apabila tiba masanya

“Terima apa yang akan berlaku dan dorongkan diri saya ke arah yang lebih baik,” ujarnya kepada mStar.

Pelakon Tanah Kubur ini ditemui dalam sebuah majlis meraikan artis veteran anjuran restoran Dulang Cafe di Danau Kota, Kuala Lumpur pada Isnin.

Hamidah turut meluahkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir golongan muda dalam bidang seni ini yang tidak menghargai bakat lama sepertinya.

Sedih apabila orang baharu menerima bayaran lebih tinggi

HAMIDAH WAHAB

PELAKON

Dia sendiri pernah berhadapan dengan situasi apabila tidak dikenali pelakon baharu.

Bukan minta disanjung, namun baginya cukup ada rasa hormat terhadap artis veteran yang lama mencipta nama.

“Mungkin dia tidak kenal kerana saya mula aktif berlakon ketika dia belum lahir. Apabila saya datang set dia hanya tengok sahaja sehinggalah diperkenalkan.

hamidah wahab 2

Hamidah terkilan bayaran tidak setimpal.

“Jika tidak diperkenalkan hanya sekadar bertegur hai sahaja.

“Saya biarkan sahaja. Bagi saya suatu hari nanti mereka betul-betul belajar apa makna seorang pelakon,” jelasnya.

Dalam masa Hamidah juga turut merasa terkilan soal bayaran artis lama yang dianggap tidak berpatutan.

“Bayaran kepada artis veteran tidak berbaloi berbanding pengalaman yang mereka ada.

“Sedih apabila orang baharu menerima bayaran lebih tinggi,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Hamidah Wahab, Artis Veteran

Artikel Lain