suria

Ismail Sabri usik anak soal jodoh, Dafi kata tunggu dulu… Mahu cari yang ‘fun’ berbanding jiwang!

Dafi tidak kisah dengan usikan bapanya.

DIUSIK soal jodoh dalam ucapan ulang tahun kelahiran secara terbuka, penyanyi Dafi berkata dia tidak mengambil hati dengan tindakan bapanya yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Masih mahu mencapai beberapa impian dalam hidup, Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri enggan terburu-buru mendirikan rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Dafi jadi perhatian, yakin ‘papa’ Ismail Sabri galas tanggungjawab dengan baik - “Dia pernah hidup susah, tak mahu orang lain susah”

Malah penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia ini turut menyerahkan soal pencarian pasangan hidupnya kepada ibu bapanya.

Dafi 1Dafi rapat dengan bapanya.

"Saya tak kisah, sebab ibu bapa bukan yang jenis asyik bertanya soal jodoh. Mereka faham berkahwin bukan hanya sebab usia sahaja.

"Saya sendiri ada beberapa sasaran yang nak dicapai dalam kehidupan sebelum fikir soal kahwin. Siapa tak nak kahwin kan?

"Bagi saya, kalau Allah kata jadi, Insya-Allah ada la jodoh. Mungkin kalau ibu bapa saya nak carikan pun saya tak kisah," kata Dafi kepada mStar.

Kalau ibu bapa saya nak carikan pun saya tak kisah.

DAFI

PENYANYI

Sebelum ini, kapsyen Ismail Sabri yang mengusik anaknya dengan bertanyakan tentang calon isteri ketika sambutan ulang tahun kelahiran ke-33 pada Selasa lalu menarik perhatian netizen di laman Instagram.

Dalam pada itu, Dafi turut mengharapkan akan bertemu dengan pasangan yang sentiasa menceriakan hidupnya.

"Saya harap dapat bertemu dengan seseorang yang saya boleh ketawa bersama setiap hari. Saya suka orang yang boleh buat saya ketawa.

"Sebab bagi saya, hidup ini kalau serius sangat pun tak best. Bukan nak suruh jadi badut tapi saya nak cari relationship yang 'fun' berbanding jiwang," ujarnya.

DafiDafi sambut hari lahir bersama keluarganya.

Sementara itu, Dafi memberitahu dia tidak pernah terasa hati dengan pertanyaan orang ramai berhubung soal jodoh.

Kata penyanyi lagu Bila Terasa Rindu ini, pertanyaan sebegitu disifatkan sebagai satu doa dan bukan isu yang sensitif baginya.

"Mungkin ada sesetengah orang macam marah kalau cakap fasal kahwin dan jodoh. Tapi saya ambil perkara itu secara positif.

"Saya anggap orang nak ambil berat tentang saya. Sebab itu saya tak ada masalah dengan soalan kahwin dan saya pun tak pandang berat isu ini," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain