suria

Ibu Hattan meninggal dunia akibat penyakit jantung

Hattan berkongsi berita duka pemergian ibu tersayang.

PENYANYI Datuk Hattan berkongsi berita duka apabila ibunya, Hindon Md Sani meninggal dunia di Hospital Kajang akibat penyakit jantung.

Allahyarham yang berusia 83 tahun itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 3.30 petang Selasa.

"Bonda tercinta saya telah pergi menemui penciptanya... Ya Allah, ampunkan bonda ku ya Allah," tulisnya di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: “Salah ke saya tegur?” - Hattan tak mahu cakap belakang, terus bersuara jika selebriti buat silap

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai dapat mesej Hattan nak pinjam duit, rupa-rupanya tipu!

Perkongsian tersebut turut menerima ucapan takziah daripada peminat dan rakan artis.

Semalam, kakak menghubungi saya menerusi panggilan video memberitahu arwah sakit dada!

HATTAN

PENYANYI

Sementara itu, menerusi Berita Harian, Hattan berkata, ibunya mengalami sakit dada dan muntah pada Isnin.

"Semalam, kakak menghubungi saya menerusi panggilan video memberitahu arwah sakit dada. Saya kemudian memintanya lihat jika arwah ada muntah atau tidak.

hattan 2

Foto kenangan Hattan bersama adik beradiknya dan ibu tercinta.

"Apabila arwah muntah, saya segera minta kakak membawanya ke hospital kerana itu petanda sakit jantung. Keadaannya semakin kritikal apabila tekanan darah menurun dan paru-paru semakin lemah.

"Seharian kami menunggu kerana perlu melalui pelbagai prosedur operasi standard (SOP) hospital sebelum dibenarkan melawatnya. Namun, doktor memaklumkan arwah sudah tiada, tidak lama kemudian," katanya.

Hattan berkata, dia masih lagi menunggu jenazah ibunya di unit forensik untuk dibawa pulang ke kampung halaman di Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Datuk Hattan, ibu meninggal dunia,

Artikel Berkaitan

Artikel Lain