suria

Dottie bengang produksi gugurkan nama Kak Girl sebab tak dapat baju ‘sponsor’... suka-suka tukar pelakon ikut saiz pakaian

Dottie tampil mempertahankan rakan baiknya, Kak Girl.

GARA-GARA tiada baju bersaiz besar, tawaran berlakon yang pada awalnya diberikan kepada Kak Girl atau Nur Amira Maslan ditarik semula oleh sebuah produksi drama.

Kesal dengan apa yang berlaku, rakan baiknya iaitu pelakon Dottie atau nama sebenar Nor Syuhaida Abd Razak menyifatkan alasan itu sebagai tidak masuk akal dan sukar diterima.

ARTIKEL BERKAITAN: “Belajar untuk terima dan sayang diri sendiri dulu” - Dottie

"Saya tengah tengok TV bersama ibu... tiba-tiba dapat panggilan daripada Kak Girl nak mengadu. Dia tanya saya, pernah ke saya dapat alasan tak jadi ambil sebab baju?

Saya sebagai pelakon berbadan besar, bagi alasan tukar pelakon sebab baju tajaan tak sampai, memang saya marah.

DOTTIE

PELAKON

"Sebab katanya baju tajaan tak sampai, bila tanya baju apa... dia kata baju rambu-ramba ja pun. Shooting pun lambat lagi.... saya jadi marah la.

"Saya sebagai pelakon berbadan besar, bagi alasan tukar pelakon sebab baju tajaan tak sampai, memang saya marah. Alasan tak logik!" katanya kepada mStar.

Terdahulu, pelakon berusia 33 tahun ini meluahkan perasaan marahnya menerusi video yang dimuat naik di Instastory.

Lagi menambahkan kemarahan Dottie apabila individu tersebut memberitahu pihaknya hanya mempunyai pakaian bersaiz medium (M) sahaja.

Dottie 1

Dottie berkongsi perkara itu di Instastory.

"Lepas itu, dia kata baju yang sedia ada hanya saiz M saja. Kenapa dari awal tak cari pelakon saiz M. Alasan tak logik!" katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Nota Buat Cempaka ini kecewa dengan tindakan individu tersebut yang dianggap sengaja mempermainkan rakannya itu.

"Kenapa nak kena offer yang plus size? Sebab pelakon plus size ini senang nak dibadutkan, kan? Baju yang tak sampai itu ialah baju rambu ramba.

"Yang sempat saja cari atau jahit. Bukannya baju dive ke baju astranout ke! Alasan yang paling tak munasabah. Terpaksa tukar pelakon sebab baju. Kurang ajar!" tegasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain