suria

Nana Sheme terhibur peminat minta cepat kahwin dengan Hafiz Zainal, ikut jejak langkah Ernie Zakri dan Syamel

Nana Sheme syukur ramai peminat mendoakan agar dia bertemu jodoh.

SUDAH setahun program Big Stage 2020 berlalu tapi nampaknya gosip cinta penyanyi Nana Sheme dan Hafiz Zainal masih terus menjadi perbualan dalam kalangan peminat mereka di media sosial.

Mengakui lucu membaca mesej dan komen daripada peminat itu, Nana atau nama sebenarnya Nur Nabilah Hashimi, 26, menjelaskan hubungan mereka hanyalah sekadar kawan dan belum sampai ke tahap serius.

"Sejujurnya kami semua peserta Big Stage masih berkawan sampai sekarang, hubungan masih lagi rapat walaupun program itu dah berakhir.

ARTIKEL BERKAITAN: Nana Sheme teringin nak berlakon... tak kisah dapat watak sampingan - “Nak masuk kelas lakonan dulu, tak mahu dipanggil kayu”

ARTIKEL BERKAITAN: Putus cinta selepas masuk Big Stage 2020, Hafiz Zainal belum ‘move on’... luah perasaan dalam lagu ‘Tak Kira’

"Kami semua tak lost contact lagi... selalu la berborak di media sosial. Sampai sekarang hubungan itu masih akrab sebagai kawan.

nanasheme 1Peminat doakan Nana Sheme bercinta dengan Hafiz Zainal.

"Cuma bila baca mesej dan komen yang sama di media sosial terus tergelak besar. Bukan sahaja dijodohkan dengan Hafiz, ada juga pengikut yang ingat saya dengan Yamani Abdillah pun ada hubungan istimewa," katanya kepada mStar.

Walaupun terhibur tapi saya bersyukur sebab orang ramai mendoakan benda yang baik.

NANA SHEME

PENYANYI

Sebelum itu, menerusi Instagram penyanyi lagu Hantu Atau Buaya ini berkongsi paparan skrin mesej yang diterima daripada peminat yang mahukan kepastian mengenai hubungannya dengan doktor gigi tersebut.

Dalam mesej berkenaan, pengikut mengharapkan ikatan hubungan mereka berakhir di jenjang pelamin.

nanasheme 2

Nana Sheme rapat dengan Hafiz Zainal sejak menyertai program Big Stage 2020.

"Nak tanya sikit boleh? Nana dengan Doktor Hafiz bercinta ke? Apa salahnya kalau bercinta... macam Syamel dengan Ernie Zakri kahwin dah. Saya doakan korang cepat-cepat kahwin!" tulis pengikut berkenaan.

Tidak tersinggung dengan pertanyaan itu, Nana berkata dia bersyukur kerana masih ada peminat mendoakan yang terbaik untuk dirinya.

"Benda baik silakan doa, cuma nak menjawab itu saja rasa kelakar. Walaupun terhibur tapi saya bersyukur sebab orang ramai mendoakan benda yang baik.

"Sekurang-kurangnya ia bukanlah komen yang buruk, apa-apa pun saya berterima kasih kepada peminat dan pengikut... terus mendoakan yang baik-baik untuk saya ya!" ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain