suria

Mamat Khalid tak kisah Ellie Suriaty sokong Najib, beri peluang selepas 2 tahun dipulaukan - “Dia pengarah pertama berani ambil saya”

Ellie terkilannya apabila tidak berpeluang menziarah bagi memberi penghormatan terakhir kepada Mamat.

KETIKA ramai penggiat industri kreatif termasuk rakan selebriti mempersenda fahaman politik pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar, insan seperti Allahyarham Mamat Khalid punya persepsi berbeza.

Tanpa sebarang prejudis, arwah menjadikan bakat yang dimiliki Ellie, 51, sebagai sandaran utama sebelum dia diberikan tawaran lakonan.

Cerita Ellie, dia sangat terharu apabila Mamat menjadi satu-satunya pengarah yang berani mengambilnya berlakon selepas hampir dua tahun dipulaukan gara-gara aktif berpolitik menyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

ARTIKEL BERKAITAN: Mamat Khalid meninggal dunia, rebah di restoran miliknya

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Azri Iskandar senyap-senyap cucuk vaksin, Ellie Suriaty reda tak mahu gaduh suami isteri - “Dia ketua keluarga kena cari nafkah”

"Ketika zaman Pakatan Harapan memerintah saya adalah pembangkang tegar. Saya dipulaukan kerana lantang membidas dasar kerajaan... pada ketika itu la.

"Tapi Mamat Khalid merupakan pengarah pertama yang berani ambil saya tanpa ada diskriminasi.

Actress Ellie Suriaty with Anti-Icerd rally supporter get together at Sogo, Kuala Lumpur before marching to Dataran Merdeka. FAIHAN GHANI/The Star.

Ellie (tiga dari kiri) sewaktu mengikuti protes di Dataran Merdeka pada Disember 2018. -fotoTHESTAR

"Abang Mamat lain, dia tak pernah judge apa yang saya lakukan dan dia sangat welcoming," katanya kepada mStar.

Untuk rekod sekitar Julai 2018 Ellie menjadi mangsa kecaman hebat netizen gara-gara lantang menyokong Najib yang pada ketika itu mula berdepan tuduhan di mahkamah berhubung salah guna kuasa dan pecah amanah.

Malah Ellie turut menjadi bahan sindiran segelintir rakan selebriti mendakwa semangatnya dalam politik disebabkan wang.

Saya kembali kepada industri hanya dengan jasa Mamat Khalid.

ELLIE SURIATY OMAR

PELAKON/ PENGARAH

Susulan itu Ellie mengalami banyak kerugian apabila hilang tawaran bekerja selama 22 bulan.

Bercerita lanjut tentang memorinya bersama Allahyarham Mamat, Ellie berkata dia berasa begitu lega apabila kembali diterima dalam dunia seni.

Kata Ellie watak Kak Som dalam drama Kampong Pisang Bersiri-siri (2020) dan filem Kampong Pisang Muzikal Raya Istimewa (2021) arahan Mamat membuka laluan untuknya kembali aktif.

"Saya kembali kepada industri hanya dengan jasa Mamat Khalid. Dia tak pernah tanya kenapa saya begini dan begitu.

Untitled-design-5-7

Ellie sewaktu berlakon dalam filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa.

"Dia hargai saya sebagai anak seni dan pergkarya. Sudah pasti sikap dia yang sebegitu memberi satu kelegaan yang sangat luar biasa... dia menerima saya sebagai anak seni.

"It's good to be back dalam industri bersama pengarah yang mengenali kita, saya begitu menghormati abang Mamat Khalid," katanya lagi.

Dalam pada itu Ellie turut melahirkan rasa terkilannya apabila tidak berpeluang menziarah bagi memberi penghormatan terakhir kepada Mamat.

"Saya tak dapat menghadiri majlis pengebumian Allahyarham abang Mamat. Saya hormat untuk tidak ke sana sebab tak ada sijil digital.

"Saya tak mahu jadi punca, saya doa dari jauh," katanya.

IPOH, 24 Okt -- Orang ramai mengaminkan bacaan doa  elepas pengebumian jenazah Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenar Mohamad Mohamad Khalid, 58, di Tanah Perkuburan Islam Masjid Paloh hari ini.Allahyarham yang meninggal dunia akibat serangan jantung selamat dikebumikan kira-kira pukul 2.25 petang. Jenazah Allahyarham sebelum itu dibawa ke kediamannya di Taman Ipoh Jaya Timur 1 kira-kira 6 pagi tadi dan kemudiannya disembahyangkan di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah 1, Sungai Rokam kira-kira pukul 12 tengah hari.--fotoBERNAMA (2021) HAKCIPTA TERPELIHARA

Orang ramai mengaminkan bacaan doa selepas pengebumian jenazah Allahyarham Mamat Khalid di Tanah Perkuburan Islam Masjid Paloh. - fotoBERNAMA

Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Slim River, Perak.

Allahyarham pengsan di restorannya, Sarang Art Hub di Tanjung Malim, Perak sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 tengah malam, Ahad.

Jenazah pengarah dan penerbit terkenal, Mamat Khalid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Paloh di Ipoh, Perak, kira-kira 2.20 petang Ahad.

Antara karyanya yang paling popular ialah Hantu Kak Limah, Zombie Kampung Pisang, Man Laksa, Rock Oo, Rock Bro, 16 Puasa, 17 Puasa dan 18 Puasa Di Kampung Pisang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain