suria

Dayah Zubit pengasuh Siti Aafiyah berhenti kerja, Siti Nurhaliza upah guru jadi penjaga - “Lega ada seorang cikgu boleh mengajar, buat aktiviti”

Dayah (kiri) berhenti kerja sebagai pengasuh Siti Aafiyah selepas berkahwin.

SELEPAS mendirikan rumah tangga pada Jun lalu, Nur Hidayah Zubit atau mesra disapa Dayah terpaksa menamatkan perkhidmatannya sebagai pengasuh kepada anak penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah.

Ujar Siti, 42, dia menggantikan Dayah dengan seorang pengasuh baharu yang turut berperanan sebagai guru bagi membimbing proses pembelajaran Aafiyah yang kini berusia empat tahun.

"Dalam era pandemik ini sebenarnya bukan mudah anak-anak kena duduk rumah sahaja. Cuma saya bersyukur ada ruang untuk buat aktiviti dengan Aafiyah, sekurang-kurangnya Aafiyah tak boring, dalam waktu berkurung di rumah ni dia boleh bentuk perkembangannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu gementar kena interview dengan Tok Ti, kini Dayah Zubit dah ada bisnes sendiri... teruskan tugas jaga Aafiyah, Afwa walau sudah berkahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Semakin langsing... Siti Nurhaliza sasar turunkan berat badan lagi 10 kg lepas lahirkan anak kedua

"Selepas Dayah (bekas pengasuh Aafiyah) berhenti kerana berkahwin, kita cari penjaga baharu iaitu seorang guru supaya boleh mengajar dan buat aktiviti bersama Aafiyah di rumah.

"Sedikit lega kerana ada seorang cikgu yang menjaga, saya nampak ada perkembangan positif... sebolehnya saya pun tak mahu Aafiyah hanya tumpu pada gajet sahaja, sekurang-kurangnya dia ada aktiviti bersama cikgu walaupun saya tiada di rumah," katanya kepada mStar.

ctdk 2Siti bersama suaminya Datuk K dan dua anak mereka.

Untuk rekod, Dayah yang berkelulusan dalam bidang kejururawatan bertugas sebagai pengasuh Aafiyah sejak 28 Mei 2018.

Siti ditemui semasa majlis sambutan ulang tahun produk makanan kesihatan Beausiti yang ke-2 dan kempen Stronger 2gether yang diadakan secara maya pada Selasa.

Sementara itu, isteri kepada ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K ini berkata, pandemik Covid-19 memberi banyak hikmah kepadanya, lebih-lebih lagi dia baru sahaja menimang cahaya mata kedua, Muhammad Afwa pada 19 April lalu.

Saya tak mahu Aafiyah hanya tumpu pada gajet sahaja, sekurang-kurangnya dia ada aktiviti bersama cikgu walaupun saya tiada di rumah.

SITI NURHALIZA

PENYANYI

"Alhamdulillah Afwa dah nak masuk lima bulan... seronok dapat tengok anak-anak membesar depan mata sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini. Bagi saya ada hikmah atas apa berlaku sebab saya banyak ruang dan masa bersama mereka.

"Walaupun sibuk meeting secara online tapi saya boleh tengok anak-anak depan mata... bayangkan kalau saya kerja macam biasa, balik kerja dah petang memang tak boleh nak pantau sepanjang hari.

"Baru-baru ini saya bawa Aafiyah pusing-pusing naik kereta sahaja, tapi dia punya teruja dapat tengok banyak kereta dan lampu-lampu di jalan... kasihan pula tengok Aafiyah mungkin terlalu lama di rumah," katanya.

siti 2Sambutan ulang tahun ke-2 Beausiti diadakan secara maya.

Bercakap mengenai Beausiti, Siti memberitahu sempena ulang tahun ke-2, jenama makanan kesihatan miliknya itu menawarkan diskaun menarik sebagai penghargaan kepada pelanggan atas sokongan padu mereka.

Kempen Stronger 2gether merupakan salah satu cara untuk menyokong inisiatif Kerajaan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dengan menawarkan promosi untuk mereka yang telah menerima vaksin lengkap.

Promosi istimewa ini berlangsung dari 16 September hingga 30 September hanya di laman web BeauSiti dan tertakluk pada terma dan syarat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain