suria

Usia makin meningkat, Che Ta mula bimbang tentang kesihatan... mahu jalani ujian mammogram - “Feeling muda lagi, tapi saya rasa memang kena buat”

Rozita akui takut jalani pemeriksaan kesihatan.

MENJANGKAU usia 50 tahun dalam tempoh dua tahun sahaja lagi, pelakon Rozita Che Wan memberitahu dia mula resah dengan tahap kesihatannya.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 48, berkata, dia sedar pentingnya melakukan pemeriksaan kesihatan lebih-lebih lagi apabila terdapat ahli keluarga yang menghidap kanser payudara.

ARTIKEL BERKAITAN: Che Ta tak mahu kerja dengan artis tak vaksin, enggan ambil risiko - “Orang macam itu tak bertanggungjawab!”

"Luaran nampak macam ok tapi dalam sudah merebak. Ada juga beberapa ahli keluarga yang hidap kanser payudara. Paling penting kena buat medical check up.

"Tapi itulah saya sebenarnya takut. Setiap enam bulan ikut hantar mak buat pemeriksaan kesihatan. Kita yang hantar dia tapi kita tak buat pun.

"Feeling muda lagi. Bila dah dengar nasihat daripada pihak Makna, saya rasa memang dah kena buat pemeriksaan ‘mammogram’. Umur pun dah dekat 50-an," ujarnya kepada mStar.

Che Ta 2Che Ta sentiasa ingin tampil cantik dan bergaya.

Rozita ditemui ketika sidang media secara virtual pelancaran warna baru Himaya Premium Hijab Medical Face Mask sempena sambutan Hari Kanser Payudara baru-baru ini.

Untuk makluman, ‘mammogram’ adalah salah satu ujian yang dijalankan bagi mengesan perubahan pada tisu payudara dengan menggunakan mesin x-ray yang direka khas.

Sementara itu, bercakap tentang prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka, Rozita berkata, dia sudah mendisiplinkan diri menjadikan face mask sebagai satu aksesori sebelum keluar rumah.

Ada juga beberapa ahli keluarga yang hidap kanser payudara.

CHE TA

PELAKON

Tambahnya, biarpun terpaksa memakai pelitup muka, dia tetap menitik beratkan soal penampilan.

Menjadikan ia satu kewajipan, pelakon berusia 48 tahun ini menegaskan orang ramai perlu mendidik diri untuk berdisplin memakai 'face mask'.

Che Ta tetap mahu memakai gincu biarpun keluar dengan pakai pelitup muka.Rozita tetap bergaya walaupun dengan face mask.

"Saya pakai gincu bukan untuk diperagakan kepada orang, tapi untuk kepuasan diri. Walaupun pakai lipstick tapi setiap kali keluar rumah wajib pakai pelitup muka.

"Ia adalah satu kemestian dan dianggap sebagai aksesori. Kita perlu mendidik diri untuk berdisiplin biarpun memakai make up namun pelitup muka perkara wajib.

"Bukan saja untuk melindungi diri, tetapi supaya jika tidak sihat, kita tidak menjangkiti orang lain," kata Che Ta.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita kongsi detik lucu masalah bau di rumah