suria

Tahniah Remy Ishak! Sah jadi suami Ezza Yusof dengan sekali lafaz

Remy Ishak dan isteri Ezza Yusof.

IMPIAN dua jiwa untuk disatukan akhirnya menjadi kenyataan apabila pelakon Remy Ishak dan kekasih hatinya, Ezza Yusof selamat diijabkabulkan kira-kira pukul 1 petang, Sabtu.

Majlis akad nikah pasangan sama cantik sama padan ini berlangsung secara tertutup di Masjid Negara, Kuala Lumpur mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).

Pasangan itu dinikahkan oleh wali kepada pengantin perempuan yang juga abang kandung iaitu Rozman Yusof.

ARTIKEL BERKAITAN: Remy Ishak nikah Sabtu ini, Ezza Yusof pilihan hati - “Baik dan buruk dia saya tahu”

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak perlu layan saya seperti VIP” - Ezza Yusof pandai ‘ikat’ hati Remy Ishak, sentiasa ada di sisi

Pada majlis itu, Remy atau nama sebenar Mohammad Zalimei Ishak, 39, menyerahkan sebentuk cincin sebagai mas kahwin.

remy nikah 1

Pernikahan berlangsung mengikut SOP di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Usai selamat disatukan itu, pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini berkata dia bersyukur kerana majlis pernikahan itu berjalan lancar dan dipermudahkan.

Remy turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan meminta orang ramai terus mendoakan kesejahteraan ikatan perkahwinan mereka.

Maka bermulalah perjalanan baharu bagi kami sebagai pasangan suami isteri, mohon doakan kebaikan dan kesejahteraan buat kami berdua!

REMY ISHAK

PELAKON

"Maka bermulalah perjalanan baharu bagi kami sebagai pasangan suami isteri, mohon doakan kebaikan dan kesejahteraan buat kami berdua," katanya.

remy ezza nikah

Ezza Yusof terlalu istimewa di mata Remy Ishak.

Pada Khamis lalu, Remy mengumumkan bakal berkahwin dengan gadis pilihan hati yang juga bekas tunangnya iaitu Ezza Yusof.

Remy dan Ezza atau Roszaliza Yusof pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun ikatan perhubungan mereka putus pada 2019.

Bagaimanapun, hubungan mereka dikatakan kembali pulih tahun ini selepas Remy membuat kejutan meraikan hari jadi Ezza di sebuah restoran.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain