suria

Zizan Razak suruh Aliff Syukri jadi ketua kampung sebelum masuk politik - “Tengok dulu Datuk boleh handle ke tak”

Gurauan Zizan terhadap Aliff mencuri tumpuan netizen.

SEJAK Jumaat media sosial dipenuhi dengan foto orang ramai berkongsi ucapan tahniah gambar kenangan bersama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi mengalu-alukan pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-9.

Seperti biasa usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri turut tidak ketinggalan mencuri perhatian netizen tentang perkembangan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa pula tak layak, apa kurangnya saya?” - Aliff Syukri tetap nak jadi PM, netizen pula buat pakej lantik Sajat jadi TPM

"Tahniah Datuk Seri Ismail Sabri sebagai PM Malaysia. Saya reda... maaf rakyat Malaysia permohonan saya ditolak.

"Tapi jawatan TPM masih ada peluang ke untuk saya memohon?" tulisnya mengiringi posting ucapan tahniah dengan foto pemimpin berkenaan.

TONTON VIDEO ALIFF SYUKRI!

Namun apa yang lebih menarik perhatian ialah komen pelawak Zizan Razak tentang hasrat baharu Aliff untuk menduduki jawatan nombor dua dalam Kabinet Ismail Sabri itu.

Zizan memberi amaran kepada Aliff supaya jangan sesekali merampas posisi yang sudah diimpikannya selama ini.

"Datuk jangan sailang position saya sebagai TPM. Nanti saya tengok dulu (jawatan) yang mana ada kosong untuk Datuk ok?

"Tapi selepas saya bincang-bincang, macam sesuai Datuk jadi ketua kampung dulu buat sementara.

Saya reda... maaf rakyat Malaysia permohonan saya ditolak.

ALIFF SYUKRI

USAHAWAN

"Tengok Datuk boleh handle ke tak... setuju rakyat semua?" soal Zizan dalam nada gurauan.

Sebelum ini Aliff mencuri tumpuan apabila dia berkongsi 'borang' permohonan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin hilang majoriti di Dewan Rakyat.

Malah menerusi temubual dengan mStar sebelum ini, Aliff turut melahirkan hasrat untuk menyertai politik dengan bertanding pada pilihan raya akan datang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara.

169549957_308994384173572_8085735526430871376_n

Aliff bersama isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.

Dalam pada itu rata-rata netizen turut terhibur dengan usikan Zizan itu selain bersetuju dengan posisi jawatan yang ditawarkan kepada Aliff.

"Kau ni suka bagi Datuk ni menangis.

"Seelok-eloknya macam tu, sebagai rakyat saya setuju dengan usul ini.

"Setuju! Uji mental dulu... hidup kena ada training hehehe," tulis beberapa netizen.

Untuk rekod, Ismail Sabri selesai mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia kesembilan di Istana Negara pada pukul 2.28 petang Sabtu.

Istiadat tersebut diadakan di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain