suria

[VIDEO] Asif takut jarum, 2 jam pujuk sebelum cucuk vaksin... Akhirnya enam orang terpaksa pegang elak meronta-ronta

Gelagat Asif cucuk vaksin tarik perhatian netizen.

GELAGAT bintang YouTube Drama Spontan, Mohd Asyiff Suhaimi atau Asif menerima suntikan vaksin pada Rabu mencuri perhatian netizen.

Berdasarkan perkongsian video daripada sepupunya yang juga pemilik saluran YouTube popular, Syahmi Sazli, remaja istimewa itu dilihat takut untuk dicucuk dengan jarum suntikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Syahmi Sazli tak merungut ‘income’ YouTube jatuh... lega dapat bantu jiran ‘buat duit’ RM100,000 dalam masa 2 minggu

Menerusi video berdurasi tiga minit itu, Asif, 19, yang berpakaian hitam bertopi merah cemas apabila petugas kesihatan mahu memulakan prosedur suntikan.

Pada ketika itu Asif mula menunjukkan reaksi kurang senang dengan menggaru-garu bahagian lengan kirinya seakan-akan cuba mengelak untuk dicucuk.

Video perkongsian Syahmi di Instagram miliknya.

Kedengaran petugas kesihatan cuba memujuk dan menenangkan Asif agar memberi kerjasama supaya tidak berlaku perkara tidak diingini ketika proses berkenaan.

"Sakit?" tanya Asif ringkas.

"Tak sakit... Asif jangan tengok, palingkan muka ke arah kain kalau takut,” pujuk petugas.

Namun ketika kapas antiseptik mula digunakan di bahagian suntikan, Asif semakin tidak senang dan mula bertindak balas.

Pada ketika ini kedengaran pujukkan Syahmi agar Asif merelakan diri untuk disuntik pelali berkenaan.

"Tak sakit, nak berlakon kena cucuk... Yoe Parey semua dah cucuk, lepaskan tangan tu," pujuk Syahmi.

Asif

Syahmi dan Asif mencipta nama sebagai bintang YouTube.

Bagaimanapun 'umpan' untuk berlakon tidak berhasil apabila Asif mula berdiri dan meronta-ronta sehingga lebih kurang enam individu termasuk petugas kesihatan, sukarelawan dan Syahmi sendiri terpaksa memegang dan menenangkannya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Selepas hampir dua jam cubaan memujuk dan menenangkan, Asif akhirnya berjaya divaksinasi di lengan kirinya.

Tidak menyedari dia sudah disuntik, Asif akhirnya tersenyum gembira apabila diberitahu proses berkenaan selesai.

"Tak sakit," katanya sambil tersenyum sebelum disambut sorakan daripada mereka yang berada di lokasi berkenaan.

Asif menerima vaksin jenis Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

TMJ beri bayangan KJ bakal jadi CEO JDT