suria

Anak Mia Ahmad tunjuk perkembangan positif, masalah ‘speech delay’ makin pulih - “Banyakkan sedekah dengan niat untuk tolak mudarat”

Mia Ahmad bersyukur anak sulungnya menunjukkan perkembangan yang baik.

PENYESALAN pelakon Mia Ahmad tentang kealpaannya dalam mengesan masalah lambat bercakap yang dialami anak sulung, Sayf Issa berjaya membuka mata ramai ibu bapa agar tidak leka.

Menurut Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, 33, dia bersyukur apabila pengalaman peribadinya berdepan situasi seumpama itu boleh dijadikan ikhtibar agar si manja mendapat perhatian sewajarnya.

“Terlalu ramai yang DM (mesej langsung) nak minta tip sampai tak terbalas. Saya ucapkan tahniah kepada parents yang cepat sedar dan ambil tahu tentang progres anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Akibat biar tengok YouTube tanpa limit, anak sulung Mia Ahmad hadapi masalah 'speech delay' - “Saya menyesal, baru tahu dah buat silap”

“Jangan cepat rasa selesa apabila anak lambat daripada anak orang lain sebab boleh jadi anak tu ada masalah dan sebagainya,” katanya kepada mStar.

Menerusi laporan mStar sebelum ini isteri kepada penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan ini berkongsi cerita tentang masalah speech delay dihadapi anak mereka Sayf Issa yang kini berusia tiga tahun.

Ujar Mia, dia langsung tidak sedar tentang situasi itu sehingga ia dimaklumkan guru di sekolah anaknya.

Difahamkan juga tontonan YouTube tanpa kawalan sejak kecil turut dikesan sebagai salah satu punca ia berlaku.

Sementara itu Mia turut berkongsi tentang perkembangan anaknya itu selepas pelbagai ikhtiar dilakukan termasuk mendapatkan nasihat pakar kanak-kanak.

Jika perasan anak delayed cepat-cepat pergi jumpa occupational therapist dan pakar

MIA AHMAD

PELAKON

“Alhamdulillah progress Sayf Issa semakin baik. Mohon semua doakan ya.

As a parent, we tend to do mistake. Lepas tu letak expectation yang sangat tinggi dekat anak. Paksa anak untuk jadi macam mana yang kita nak,” katanya.

Dalam pada itu Mia turut berkongsi beberapa panduan untuk ibu bapa yang berdepan situasi sama.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Pastikan anak dah reach semua milestones mengikut peringkat umur dia.

“Jika perasan anak delayed cepat-cepat pergi jumpa occupational therapist dan pakar.

MIA

Mia berkahwin dengan Mohd Izham Tarmizi dan dikurniakan sepasang cahaya mata.

“Banyakkan bersedekah dengan niat untuk tolak mudarat,” katanya.

Mia mendirikan rumah tangga dengan Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Sayf Issa, 3, dan Iris, 1 tahun.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain