suria

Abang Siti Sarah pula positif Covid-19, tahap oksigen rendah… Shuib fobia selepas kehilangan isteri

Abang Siti Sarah kini dirawat di Hospital Serdang.

KETIKA keluarga Siti Sarah masih berduka atas pemergiannya, abang kepada penyanyi itu iaitu Ahmad Firdous Raisuddin pula dikhabarkan sedang bertarung melawan Covid-19 di Hospital Serdang, Selangor.

Begaimanapun menurut adik iparnya yang juga pelawak Shuib Sepahtu, Ahmad Firdous kini berada dalam keadaan stabil.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Sarah sedekah senyap-senyap, bantu bekas wartawan ‘sesak’ hilang kerja - “Dia masukkan ribuan ringgit... minta pengurus rahsiakan”

Perkara itu dimaklumkan Shuib selepas selesai majlis tahlil buat Allahyarham isterinya pada Selasa malam.

"Saya jadi fobia apabila oksigen dia drop tapi Alhamdulillah keadaan abang ipar kini stabil. Ini hari kelapan dia kuarantin.

"Tolong doakan abang ipar saya terus kuat," katanya.

raisudin

Majlis tahlil turut disertai bapa Sarah, Raisudidin dan Shuib.

Sementara itu Shuib turut berkongsi berita gembira apabila dia bakal bertemu anak keempatnnya yang diberi nama Ayash Affan buat kali pertama pada Rabu.

"Esok (Rabu) buat kali pertama saya akan jumpa Ayash Affan di hospital.

"Saya tak sabar nak jumpa, nak pegang dia... tapi dalam masa yang sama saya sangat sedih sebab ibu dia tak sempat jumpa dia.

Saya jadi fobia apabila oksigen dia drop tapi Alhamdulillah keadaan abang ipar kini stabil. Ini hari kelapan dia kuarantin.

SHUIB SEPAHTU

PELAWAK

"Dia (Siti Sarah) gadaikan nyawa dia untuk selamatkan anak kami," katanya.

Ayash Affan, cahaya mata keempat Shuib dan Siti Sarah berjaya dikeluarkan daripada kandungan ibunya pada Jumaat lalu.

Majlis bacaan tahlil secara virtual hari kedua buat Siti Sarah yang dipimpin oleh PU Hafiz itu turut disertai rakan artis seperti Jep Sepahtu, Fad Bocey, Azad Jasmin, Naim Daniel, Misha Omar, Adira Suhaimi, Datuk Fizz Fairuz dan Indah Ruhaila serta bapa Sarah, Raisuddin Hamzah.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain