suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bintang filem Prebet Lapok, Tawil meninggal dunia akibat sesak nafas

Tawil popular menerusi filem Prebet Lapok.

PELAKON filem Prebet Lapok, Tawil atau nama sebenarnya Abu Bakar Ahmad, 68, menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami masalah sesak nafas pada kira-kira pukul 2.15 pagi Jumaat di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman, Kepong, Kuala Lumpur.

Menceritakan detik-detik terakhir suaminya, Azhar Abdul Kahar berkata Allahyarham secara tiba-tiba mengadu sakit dada sebelum mengalami sesak nafas sekadar pukul 1 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Jamali Shadat meninggal dunia... tiada lagi keletah ‘Atan’

"Saya sempat menghubungi ambulans dan anak-anak bagi memaklumkan keadaan suami tetapi ketika itu Allahyarham masih bernafas.

"Sebaik tiba, pegawai perubatan yang datang terus memeriksa keadaannya, namun mengesahkan arwah sudah tiada," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Allahyarham ketika di zaman kegemilangannya mencuri perhatian penonton menerusi lakonannya dalam filem Prebet Lapok yang diterbitkan pada tahun 1979.

Antara filem lakonan arwah yang masih lagi terus diingati sehingga kini ialah Darah Satria, Setinggan, Da Di Du, Serampang Tiga dan Penyamun Tarbus.

Sepanjang pembabitannya dalam bidang seni, anak jati kelahiran Kuala Lumpur ini sudah membintangi kira-kira 500 buah drama, filem dan teater dengan penampilan terakhir pada tahun 2013 menerusi telefilem Taubat Seorang Samseng.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain