suria

Isu ‘All Together Now Malaysia’, Tuju sedia beri kerjasama jika dipanggil polis - “Rakaman itu dibuat ketika orang dah boleh solat jemaah”

Tuju merupakan salah seorang daripada 50 juri program All Together Now Malaysia.

TERLIBAT sebagai salah seorang juri All Together Now Malaysia (ATNM), penyanyi rap Tuju berkata, dia sedia memberi kerjasama jika diminta untuk memberi keterangan kepada pihak polis berkaitan hal itu.

Biarpun menerima kecaman netizen, Tuju menjelaskan proses rakaman itu dijalankan kesemua pihak yang terlibat sudah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan cukup ketat.

ARTIKEL BERKAITAN: 50 juri All Together Now Malaysia dipanggil polis untuk siasatan

ARTIKEL BERKAITAN: All Together Now Malaysia dihentikan siaran, Astro perjelas dakwaan langgar SOP - “Ada penghadang lutsinar antara juri”

Pemilik nama sebenar, Muhammad Azree Shah Awang Zambri, 25, berkata, rakaman program itu berlangsung ketika negara berada di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada awal tahun ini.

"Shooting untuk program itu sudah berakhirnya sebenarnya... saya baca orang (netizen) naikkan isu yang orang tak boleh pergi masjid apa semua.



ATNM dihoskan Sherry Alhadad.

"Tapi rakaman itu sebenarnya memang dibuat ketika orang sudah boleh sembahyang berjemaah pada waktu itu.

"Saya ambil pendekatan berdiam diri sebab memang saya tahu semuanya selamat (sepanjang proses penggambaran dijalankan) dan saya sedia beri kerjasama (jika dipanggil pihak polis)," katanya kepada mStar.

Anggota kumpulan K- Clique ini berkata demikian pada sidang media virtual single terbaharunya berjudul Veto yang diadakan pada Selasa.

Rakaman itu sebenarnya memang dibuat ketika orang sudah boleh sembahyang berjemaah pada waktu itu.

TUJU

JURI PROGRAM ALL TOGETHER NOW MALAYSIA

Menerusi laporan mStar sebelum ini, kesemua juri program berkenaan akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dalam masa terdekat.

ATNM yang dihoskan oleh Sherry Alhadad terpaksa menghentikan sementara tayangannya selepas pihak polis menerima laporan mendakwa program terbabit melanggar SOP PKPP.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

ATNM merupakan program realiti nyanyi terbaharu terbitan Astro Ria yang menyaksikan seramai 50 selebriti tempatan menjadi juri rancangan tersebut.

Selain Tuju, barisan juri turut disertai Datuk AC Mizal, Erra Fazira, Siti Nordiana, Noryn Aziz, Aina Abdul dan ramai lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain