suria

Belajar mengaji di IG live, Mawar Rashid tak sangka jadi inspirasi kepada pengikut - “Seronok dapat tarik orang kumpul pahala”

Mawar mahu menjadi seorang muslimah yang lebih baik.

PERKONGSIAN pelakon Mawar Rashid melakukan aktiviti mengaji secara langsung di Instagram (IG live) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerima banyak komen positif daripada netizen.

Biarpun begitu, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid mendedahkan terdapat komen negatif daripada netizen yang mempersoalkan tindakannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid bukan nak bela Neelofa cuma akui cepat simpati - “Maaf semua... bila cakap fasal penjara, bunyi itu menakutkan”

Pelakon berusia 26 tahun ini bagaimanapun, memilih untuk membiarkan sahaja komen tersebut kerana menganggap perkongsiannya itu turut mengajak orang lain melakukan perkara yang bermanfaat.



Mawar tidak mahu ambil kisah komen negatif.

"Saya sedar ada juga komen negatif yang mengatakan tak perlu la mengaji kat sosial media. Kita nak mengajak orang untuk melakukan kebaikan. Semuanya bergantung pada nawaitu kita.

"Tapi tak apa... 100 orang gembira dengan perkongsian itu dan hanya seoang sahaja yang negatif. Bagi saya, janji ramai orang yang gembira sebab saya pun terima banyak DM yang sangat positif.

"Kita ajak orang buat perkara baik dalam pada masa sama kita pun akan dapat pahala. Macam Ebit Lew, dia bantu orang dan secara tak langsung mengingatkan kita untuk banyakkan sedekah juga," katanya kepada mStar.

Kita ajak orang buat perkara baik dalam pada masa sama kita pun akan dapat pahala.

MAWAR RASHID

PELAKON

Sebelum ini, penyanyi Ai Wahida mendedahkan hatinya mula terdetik untuk belajar mengaji semula selepas menonton IG live Mawar yang mengaji bersama seorang ustaz dan menjadikan aktres tersebut sebagai inspirasinya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, pelakon filem Bu, Kasih Suci ini mengakui dia berasa terharu apabila membaca perkongsian Ai Wahida yang menjadikan dirinya sebagai inspirasi untuk belajar mengaji semula.

Menurut isteri kepada Raf Yaakob ini, dia menjadi seronok dan teruja untuk meneruskan kelas mengaji di laman sosial selepas mendapat maklum balas yang positif seperti itu.



Ai Wahida kongsi perkara itu di IG.

"Saya terharu bila baca perkongsian Ai Wahida yang menjadikan saya sebagai inspirasi. Saya jadi seronok dan teruja untuk teruskan kelas mengaji di Instagram sebab ramai orang DM cakap seronok dapat sertai kelas itu sekali.

"Masa sebelum saya bertudung, saya ada belajar mengaji tapi berhenti lama juga. Tapi waktu itu, saya memang nak belajar untuk berhijrah menjadi muslimah yang baik.

"Bila saya mengaji secara live di IG, secara tak langsung dapat mengajak orang lain juga untuk mengaji bersama. Dalam saya kumpul pahala, dapat juga tarik orang lain kumpul pahala juga," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain