suria

Akim, Stacy tubuh girl band Nona bukan sebab nak curi populariti Dolla

Nona dianggotai (dari kiri) Rika, Lela dan Raja.

MELIHAT kemunculan beberapa girl band atau kumpulan wanita yang semakin diberi perhatian peminat muzik tempatan, pasangan selebriti, Akim Ahmad dan Stacy akhirnya mengambil keputusan menubuhkan kumpulan Nona.

Nona yang dianggotai tiga ahli kumpulan iaitu Raja Nuraizureen Raja Azahari (Raja), 25, Low Kar Yee Angela (Lela), 26, dan Erika Rianty Anthony (Rika), 21, merupakan artis terbaharu yang bernaung di bawah syarikat pengurusan milik Akim dan Stacy, Rhythm & Rhyme Entertainment.

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah hidup Dolla diangkat dalam telefilem meski baru setahun jagung jadi penyanyi - “Tak kisah jika ada yang kata kami kayu”

Muncul dengan single sulung berjudul Kasuari, Stacy berkata perancangan untuk menubuhkan girl band bermula sejak dua tahun lalu dan hanya tahun ini ia dapat dilaksanakan.

"Perancangan nak mewujudkan Nona ini sejak 2019 lagi, tapi agak terbatas sebab sibuk dengan kerja sendiri.

Akim dan Stacy pertaruh bakat baharu, Nona dalam syarikat pengurusan mereka.

"Apabila sudah ada pengetahuan dan berdasarkan pengalaman, jadi saya dan Akim memikirkan sudah sampai waktu untuk berkarya kepada orang lain pula.

"Konsep dan hala tuju yang ada ini kami cuba untuk terapkan kepada orang baru lengkap dengan lagu mereka sekali," katanya kepada mStar.

Sementara itu, kumpulan Nona menafikan pembabitan mereka sebagai memberi saingan kepada kumpulan Dolla yang kini semakin meniti populariti.

Dolla sudah ada peminat tersendiri sementara kami masih baharu lagi.

RIKA

AHLI KUMPULAN NONA

"Bagi kami tidak timbul soal nak bersaing, masing-masing ada kelebihan tersendiri.

"Dolla sudah ada peminat tersendiri sementara kami masih baharu lagi... apa yang diharapkan adalah sokongan daripada semua pihak.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Malah menerusi single pertama ini, ia adalah peluang untuk kami menonjolkan bakat yang ada selain ingin memberi yang terbaik. Kami juga percaya peminat muzik mempunyai cita rasa berbeza," kata Rika mewakili ahli kumpulannya.

Mempertaruhkan genre Mpop, single pertama Nona, Kasuari kini boleh didapati di semua platform penstriman muzik.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Nona, girl band, Mpop, Akim Ahmad, Stacy

Artikel Lain