suria

Pelakon filem ‘Bukit Kepong’ Shamsudin Baslah meninggal dunia, hasrat jumpa Yusof Haslam tak kesampaian

Shamsudin menghembuskan nafas terakhir kerana sakit tua.

PELAKON veteran yang mula dikenali menerusi filem Bukit Kepong, Shamsudin Baslah meninggal dunia di Hospital Tanjong Karang (HTK), Selangor kira-kira pukul 5.30 petang, Selasa.

Berita itu disahkan oleh Pengurus Pusat Jagaan Orang Tua Selangor Relief Agency (SRA), Sharil Hussein yang memaklumkan arwah yang kini berusia 75 tahun menghembuskan nafas terakhir kerana sakit tua.

Menurut Sharil, Allahyarham sebelum ini ada menyatakan hasrat untuk berjumpa pengarah dan penerbit filem Datuk Yusof Haslam.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon veteran Zulkifli Zain meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit

"Dua minggu lalu, arwah cerita pada saya yang dia nak sangat berjumpa dengan Datuk Yusof Haslam.

"Jadi, saya maklumkan perkara itu kepada pelawak Ebby Yus dan kebetulan dia ada datang ke pusat jagaan saya untuk menziarahi arwah.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Walaupun arwah sudah tiada, saya akan pastikan hasratnya untuk bertemu Datuk Yusof Haslam tertunai," katanya seperti dilapor Harian Metro.



Ebby Yus sempat menziarahi arwah di pusat jagaan sebelum ini.

Dalam pada itu, Sharil berkata arwah merupakan seorang individu yang periang dan disayangi penghuni serta staf pusat jagaan itu.

Difahamkan, Shamsudin ditempatkan di Pusat Jagaan Warga Tua SRA oleh isteri keempatnya, sejak setahun lalu dan kos penginapan arwah di pusat jagaan itu ditanggung Lembaga Zakat Selangor.

Jenazah Allahyarham telah dibawa ke pusat jagaan terbabit untuk dimandikan dan dikafankan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Paya Jaras, Sungai Buloh.

Allahyarham yang aktif sejak era 1980-an dikenali melalui lakonan dalam filem Bukit Kepong pada 1981, Penentuan (1982) dan Bila Hati Telah Retak (1983).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain