suria

[VIDEO] Ramai mula ucap tahniah Elly Mazlein hamil… tapi apa kata tuan badan?

PELAKON dan penyanyi Elly Mazlein masih berteka-teki mengenai telahan orang ramai bahawa dia kini sudah berbadan dua.

Menurut Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, dia tidak berniat untuk berahsia sebaliknya berjanji akan mengumumkan di platform media sosial sekiranya benar dia sedang hamil.

"Saya tahu ramai sayang dan selalu mendoakan saya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya ikut kata orang tua... kalau baru atau belum apa-apa, tak perlu kongsi lagi” - Elly Mazlein jawab soal hamil selepas sembilan bulan berkahwin

"Apabila dah sampai masa dan dah confirm, saya akan kongsikan berita gembira itu di Instagram untuk cuba berlaku adil kepada semua pihak media yang sentiasa menyokong saya," katanya kepada mStar.

Elly ditemui pada majlis pelancaran Program Ramadan Astro yang berlangsung di Astro Bukit Jalil pada Selasa.

Kalau betul-betul ada (hamil), saya akan beritahu. Bukan sebab nak tunggu dah masuk bulan ketiga atau bulan keempat baharu nak umum!

ELLY MAZLEIN

PELAKON/ PENYANYI

Sementara itu Elly juga berkata anak perempuannya, Putri Sara Sefhia turut menyuarakan hasrat untuk mempunyai adik sendiri.

"Sefhia memang dah lama cakap fasal nak adik dan peminat pun nak tengok anak bersama suami.

"Kalau betul-betul ada (hamil), saya akan beritahu. Bukan sebab nak tunggu dah masuk bulan ketiga atau bulan keempat baharu nak umum atau apa," ujarnya.



Elly bersama barisan duta kempen Salam Ramadan Astro tahun ini.

Sebelum ini tular spekulasi Elly kini sedang hamil selepas sebuah video TikTok Suria FM menampakkan seolah-olah kelihatan baby bump penyanyi tersebut.

Elly berkahwin dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari tahun lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Elly sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015.

Hasil perkahwinan itu Elly dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain