suria

Neelofa pula nikah minggu ini? Ada saksi nampak PU Riz belek samping songket

Neelofa dan PU Riz bakal tamatkan zaman bujang hujung minggu ini.

PASANGAN selebriti Noor Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Riz dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga minggu ini.

Spekulasi dan khabar angin ini menjadi perbualan hangat netizen di Twitter selepas seorang pengguna memuat naik video Riz atau Haris Ismail, 26, berada di sebuah kedai pakaian membelek samping songket.

Bagaimanapun video itu telah dipadam selepas beberapa jam dikongsi di laman tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Emoji 'love', berbaju sedondon PU Riz, Neelofa jadi perhatian netizen

Lebih menguatkan spekulasi apabila seorang lagi pengguna Twitter mendakwa sebagai peniaga pakaian mendedahkan ada seorang pelanggannya mahu membeli baju untuk menghadiri majlis pernikahan Neelofa.

"Ada pelanggan beli baju untuk hadir wedding Neelofa. Dia kata buat private dan semua pakai muslimah labuh dan longgar. Tak lama dah nak jadi bini orang Lofa, Alhamdulillah," dakwa pemilik akaun @_rainnordin.



Teka-teki mengenai hari perkahwinan Neelofa dan PU Riz jadi perbualan hangat netizen di Twitter.

Antara tarikh yang diperkatakan oleh netizen adalah Jumaat ini, namun sehingga kini masih belum ada pengesahan daripada kedua-duanya.

Hasil carian mendapati tanda pagar #NLFH digunakan oleh peminat bagi tujuan mengirimkan ucapan tahniah dan mendoakan hubungan pasangan ini.

Lebih menguatkan spekulasi bahawa Neelofa sedang dalam persiapan menjelang hari bahagian apabila satu majlis berkaitan perniagaannya yang sepatutnya berlangsung pada pagi Selasa ditangguhkan pada saat akhir.



Neelofa dan PU Riz kunci mulut mengenai khabar angin perkahwinan mereka.

Sebelum ini Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, menafikan dakwaan sudah melangsungkan perkahwinan dengan Riz dan dinikahkan bapa kandungnya di Kelantan.

Neelofa turut menafikan tuduhan yang mendakwa kononnya dia terkena ubat pengasih dan memindahkan sejumlah wang kepada pendakwah muda itu.

Kisah hubungan cinta antara Neelofa dan Riz mendapat perhatian ramai apabila Neelofa dikatakan tidak lagi memakai cincin merisik pemberian keluarga Riz.

Bagaimanapun pada awal tahun ini, Neelofa dilihat memakai semula cincin terbabit di jari manisnya sekaligus membuktikan hubungan cinta mereka masih berada dalam keadaan baik.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain