suria

Tak tahan sakit ‘swab test’ setiap minggu, Janna Nick harap cepat dapat vaksin - “Penat dah... tak boleh terus macam ni”

Janna tak tahan perlu jalani ujian calitan setiap minggu.

MELAKUKAN ujian calitan atau swab test sudah menjadi satu kewajipan buat semua selebriti tempatan apabila ingin memulakan sesebuah penggambaran atau rakaman program.

Gara-gara terlalu kerap melakukan ujian calitan itu, pelakon Janna Nick berkata dia sudah tidak tahan lagi menanggung kesakitan dan berharap mendapat vaksin secepat mungkin.

"Saya sangat perlukan vaksin. Tak boleh terus macam ini. Seminggu sekali kena swab test, setiap kali masuk new set kena swab test, setiap kali masuk program televisyen baru kena swab test, setiap kali kena masuk bangunan baru kena swab test.

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick mohon maaf isu ‘Lisa Blackpig’, netizen ugut bunuh bakal diheret ke mahkamah

"Saya faham dalam keadaan sekarang hanya ini pilihan yang kita ada untuk memastikan semuanya selamat.

Janna kongsi video dia sedang melakukan ujian calitan atau swab test di Instagram.

"Saya cuma berharap vaksin itu berkesan dan keadaan kembali seperti normal. Penat dah! Dah mula sakit sangat sebab banyak kali dah (swab test)," katanya menerusi laman Instagram pada Isnin.

Bersama kapsyen itu, dia turut memuat naik rakaman video dia menjalani ujian calitan itu.

Dalam video tersebut, pelakon drama Marry Me Senorita ini dilihat menahan kesakitan selepas sample pada bahagian hidungnya diambil oleh pegawai perubatan yang lengkap mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE).

Saya cuma berharap vaksin itu berkesan dan keadaan kembali seperti normal.

JANNA NICK

PELAKON

Pada Februari lalu, kerajaan membenarkan kerja pra-produksi penggambaran dan rakaman di studio merangkumi drama, telefilem, iklan, dokumentari, sitkom, 'livestreaming', rakaman kebudayaan, seni dan warisan tanpa penonton.

Syarat lain perlu dilaksanakan adalah mewajibkan pelakon dan petugas balik tabir melakukan ujian calitan sebelum produksi diberikan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) khas seperti yang dikehendaki Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Janna mahu cepat dapat vaksin.

Menerusi perkongsian yang sama, Janna sempat menulis ucapan istimewa sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut pada Isnin.

"Apa-apa pun, Selamat Hari Wanita! Marilah kita bersikap baik antara satu sama lain... hentikan rasa cemburu dan hentikan kebencian.

"Tak perlu rasa insecure. Kita semua cantik, pintar, berjaya dengan cara kita sendiri," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Artikel Berkaitan

Artikel Lain