suria

Zahirah MacWilson ajar netizen cara sebutan nama Isaac Raees yang betul - “Bukan Aizat tapi eye Zac... mungkin sebab lidah Melayu jadi Zeck”

Zahirah pilih nama Isaac Raees kerana ejaan yang unik dan jarang digunakan.

SELEPAS berkongsi wajah putera sulung iaitu Isaac Raees, pelakon Zahirah MacWilson menerima banyak pertanyaan mengenai pemilihan dan cara sebutan nama anaknya yang betul.

Zahirah menerusi Instastory berkata gabungan Isaac dan Raees merupakan antara lima nama dalam senarai yang disimpan dalam telefon malah ibu serta suaminya iaitu Aiman Hakim Ridza turut menyukai pemilihan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Comel! Aiman Hakim, Zahirah MacWilson dedah wajah Isaac Raees selepas dua bulan dilahirkan

Menurut pelakon berusia 26 tahun ini, pemilihan nama itu juga disebabkan keunikan ejaan dan dia juga mahukan sesuatu dengan makna islamik yang jarang digunakan.

Zahirah berkongsi pertanyaan netizen menerusi 'Ask Me Question' di Instastory.

"Saya sentiasa sukakan nama Isaac. Nama itu termasuk dalam senarai lima nama yang saya simpan dalam telefon. Ibu saya pun suka dan apabila saya cadangkan kepada Aiman, dia pun sukakannya.

"Jadi, sejak kandungan saya sudah mencecah empat, lima bulan... kami sudah mula memanggil bayi kami dengan nama Isaac. Raees juga merupakan nama dalam senarai saya.

"Saya suka ejaan yang unik. Saya mahu sesuatu dengan makna islamik tapi pada masa yang sama rare (jarang orang guna). Isaac Raees sempurna untuk kami. Perfect for lil dimples," jelas Zahirah.

Macam Zac Efron. Mungkin sebab lidah Melayu jadi 'Zeck'.

ZAHIRAH MACWILSON

PELAKON

Genap usia dua bulan pada Jumaat lalu, pasangan pelakon itu akhirnya berkongsikan nama dan wajah permata hati mereka iaitu Isaac Raees menerusi laman Instagram masing-masing buat tatapan umum.

Serentak dengan itu juga, Aiman, 32, dan Zahirah turut membuka akaun Instagram anak sulung mereka, @Isaacraees dan setakat ini ia telah mengumpul lebih 80,000 pengikut.

Dalam pada itu, pelakon filem Bulan & Pria Terhebat ini juga mengajar cara sebutan Isaac bukanlah dengan menyebut nama Aizat namun ia gabungan 'eye' dan 'Zac' yang berbunyi seperti actor Hollywood, Zac Efron.

Zahirah dan Aiman memuat naik foto wajah anak mereka.

Manakala untuk Raees pula, anak kepada pelakon Zainol MacWilson ini memberitahu nama tersebut juga boleh ditulis dengan ejaan berbeza seperti Rais.

"Aiyo! Ia (sebutan) tidak la terlalu sukar. Tiada huruf T.. jadi bukan 'Aizat'. Isaac: 'Eye-Zac'. Macam Zac Efron. Mungkin sebab lidah Melayu jadi 'Zeck'.

"Rais itu betul... cuma ejaan Raees yang berbeza," kata Zahirah.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Aiman mengumumkan Zahirah selamat melahirkan anak sulung mereka di Perth, Australia pada 5 Januari lalu.

Pasangan yang kini berada di Perth sejak Oktober tahun lalu mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 di sebuah premis acara di Damansara Perdana, Selangor.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain