suria

Pertama kali masuk kelas senam berbasikal, otot paha Amira Othman koyak dan berdarah - “Warna air kencing bertukar hitam... darah itu kacau buah pinggang dan hati”

Amira Othman dimasukkan ke wad kerana otot paha koyak.

AKIBAT bersenam melebihi kemampuan diri, penyanyi Amira Othman terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu selepas otot pahanya didapati terkoyak dan berdarah.

Menurut Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, 27, pada mulanya dia menyangkakan sakit yang dialami di bahagian otot paha selepas pertama kali menyertai kelas senam berbasikal indoor (indoor cycling) adalah perkara biasa.

Bagaimanapun, kesakitan itu menjadi semakin teruk dan lebih parah apabila air kencing bertukar warna kehitaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan rapat Amira Othman dengan adik-beradik jadi inspirasi, ini rahsianya - “Ibu bapa saya tak bandingkan anak-anak”

"Benda ini jadi sebab asalnya saya pergi bersenam indoor cycling, mungkin disebabkan kelas itu intense sangat tapi saya cuba juga push diri, paksa punya paksa sampai sakit otot.

"Selepas diperiksa doktor, otot saya rupa-rupanya koyak dan berdarah jadi darah itu telah merebak pada organ dalam badan. Darah itu kacau pada buah pinggang dan hati tapi nasib baik buah pinggang saya okay.

"Sekarang doktor nak pantau pula keadaan hati saya. Sebelum ini selalu je saya sakit otot lepas bersukan, tapi untuk kes kali ini, sakit dia makin lama makin berbisa.

"Lama-lama bila hari ketiga, warna air kencing saya juga bertukar hitam," ujarnya kepada mStar.



Keadaan kesihatan Amira kini dalam keadaan baik selepas mendapatkan rawatan doktor.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Hati-Hati ini bersyukur selepas doktor memberitahu keadaan kesihatannya semakin pulih dan mungkin akan dibenarkan pulang pada Rabu atau Khamis.

Sehubungan itu juga, Amira menasihatkan peminatnya agar sentiasa berpada-pada dalam melakukan aktiviti kecergasan agar ia tidak memakan diri.

Bersenam memang bagus dan penting, tapi buat berpada-pada jangan sampai memudaratkan diri

AMIRA OTHMAN

PENYANYI

"Bersenam memang bagus dan penting, tapi buat berpada-pada jangan sampai memudaratkan diri. Doktor pun dah pesan pada saya, kita kena tahu kemampuan diri.

"Ada orang sesuai bersenam cara ini, ada orang pula tak sesuai dengan cara itu. Kalau dah rasa macam tak boleh tu, janganlah kita push diri, kena bersederhana sahaja,"ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain