suria

“Tak boleh dengar komen pedas? Stop saja nyanyi” - Mas Idayu tidak kisah dibenci, kritikan lantang bukan 'drama' untuk program TV

Mas Idayu mengaku komen cara orang kampung.

PENYANYI dangdut Mas Idayu memberitahu sikap garang yang ditunjukkan setiap kali menjadi juri program realiti adalah cara dia untuk mengajar seseorang penyanyi baharu.

Juri tetap Lagu Cinta Kita 2 ini berkata, dia tidak kisah jika cara itu membuatkan dirinya dibenci dan menerima kecaman penonton program berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia bukan nak duit, kami ada duit... anak kita hanya nak jumpa bapa dia” - Mas Idayu kesal anak dihalang jumpa Aman Graseka

"Inilah saya, bekerja dengan kawan-kawan saya pasti akan jadi diri sendiri.

"Benci? Makian, cacian, hak manusia dan tanggungjawab saya bukan untuk orang benci, bukan itu yang saya hebahkan.



Mas Idayu ada cara tersendiri kritik peserta program realiti.

"Saya hebahkan perkongsian ilmu, pengalaman selama dalam industri untuk bakal anak seni yang bakal tumbuh dari awal saya memang tegas, garang, sensitif dan penyayang sebab itu saya marah!" ujarnya.

Dalam pada itu, Mas Idayu atau nama sebenarnya Masidayu Mesnun, 48, berkata, apa yang ditunjukkan di televiesyen itu juga bukan sekadar lakonan untuk meraih perhatian penonton.

Malah, dia berpendapat setiap juri mempunyai cara tersendiri untuk mengkritik peserta.

Saya memang tegas, garang, sensitif dan penyayang sebab itu saya marah!

MAS IDAYU

PENYANYI/JURI LCK2

"Berlakon atau drama? Itu bukan saya! Saya ikhlas, kejujuran dan keikhlasan mungkin orang kita tak suka.

"Saya juga tak minta semua yang pernah jadi juri, jadi seperti saya. Saya memang macam ni, jangan ikut cara saya kerana saya cara orang kampung mengajar sebab tu saya ajar anak didik saya @black.hanifah cara kampung saja.

"Inilah cara saya, semua juri ada cara tersendiri," ujarnya.



Mas Idayu tidak kisah dibenci.

Sementara itu, Mas Idayu menasihatkan penyanyi baharu agar sedia menerima komen pedas jika betul-betul mahu berada dalam industri.

"Tak boleh dengar komen pedas? Stop saja nyanyi" ujarnya.

Lagu Cinta Kita 2 yang turut menampilkan komposer Ajai dan Hael Husaini sebagai juri tetap itu bersiaran pada pukul 9, Ahad di TV3.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain