suria

Usia cecah 26 tahun, Daiyan Trisha gembira masih ditawarkan watak pelajar sekolah - “Saya mahu dilihat sebagai pelakon serba boleh”

Daiyan gembira bawa watak pelajar sekolah.

PELAKON dan penyanyi Daiyan Trisha mengakui gembira dan tidak janggal membawakan watak pelajar sekolah dalam drama siri Project Anchor SPM biarpun kini sudah berusia 26 tahun.

Daiyan berkata, bentuk badan dan personalitinya mungkin menjadi faktor dia terpilih untuk membawakan watak remaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara minta reka poster single baharu ala-ala filem 'Parasite', Daiyan Trisha dituduh ambil kesempatan - “Mungkin dia pernah kena tipu!”

"Sebelum ini, saya dapat watak seorang pelajar kolej dan untuk watak sebagai murid sekolah pula, ini merupakan kali kedua.



Daiyan bawa watak budak sekolah dalam filem Projek Anchor SPM.

"Saya gembira masih diberi peluang untuk pegang watak budak sekolah, mungkin mereka nampak fizikal dan personaliti saya sesuai dengan watak seperti itu,

"Ia bagus untuk kerjaya lakonan saya dan saya mahu dilihat sebagai pelakon yang serba boleh," kata Daiyan kepada mStar.

Selain Daiyan, drama tersebut turut menampilkan pelakon Aedy Ashraf dan Shasha Abedul.

Dalam pada itu, Daiyan meluahkan rasa gembira kerana akhirnya dapat bekerjasama dengan Raza Isyam selepas beberapa kali terpaksa menolak tawaran daripada pengarah itu.

Tambahnya, jalan cerita yang menarik dan penuh dengan mesej membuatkan dia menerima tawaran tersebut.



Daiyan terima tawaran berlakon dalam filem tersebut disebabkan jalan cerita menarik.

"Saya memang dah lama nak berlakon di bawah arahan Raza Isyam dan kali ni baru berkesempatan sebab sebelum ini terpaksa tolak sebab masa tak sesuai.

"Selain itu jalan cerita menarik dan banyak mesej untuk disampaikan kepada masyarakat," jelasnya.

Drama siri terbitan Alpha47films kisah pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada sekitar tahun 2000.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain