suria

Danial Zaini dituduh tak 'move on', jual kisah cinta tak jadi dalam lagu 'Ku Tak Rela' - “Saya hanya kongsi perasaan dengan orang yang pernah melaluinya”

Danial lancar lagu Ku Tak Rela.

PELAWAK dan penyampai radio ERA FM, Danial Zaini berkata, lagu baharu nyanyiannya berjudul Ku Tak Rela tidak berniat untuk mengungkit kisah percintaan dengan bekas kekasih sebelum ini.

Biarpun menggunakan jalan cerita sebenar untuk muzik video lagu berkenaan, Danial berkata, dia hanya berkongsi perasaan sedih kepada pendengar yang pernah melalui perkara sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Mampu ‘angkat’ Mercedes Benz CLA sebab scammer? Danial Zaini lapor polis - “Mereka dakwa saya beli kereta kerana pelaburan!”

"Saya tiada niat nak ungkit kisah lama atau tujukan lagu itu kepada mana-mana individu. Saya kongsi lagu itu untuk semua yang pernah melalui pengalaman putus cinta.

"Itu perasaan yang saya pendam selama ini. Orang nampak saya melawak di atas pentas tapi orang tak tahu kesedihan yang saya lalui.

Saya tiada niat nak ungkit kisah lama atau tujukan lagu itu kepada mana-mana individu.

DANIAL ZAINI

PELAWAK

"Tiada istilah saya tidak move on dengan kisah lalu," ujarnya kepada mStar pada Jumaat.

Individu yang dipercayai bekas kekasih Danial meninggalkan komen di YouTube.

Pemilik nama Mohamad Danial Mohd Zaini, 27, melancarkan muzik video lagu Ku Tak Rela di saluran YouTube Datu Entertainment pada Rabu lalu dan kini mencecah lebih 300,000 tontonan.

Menerusi salah satu komen di video muzik tersebut, seorang wanita yang menggunakan nama Amira mempertikaikan tindakan Danial berkongsi kisah cinta mereka kepada umum.

Kata individu tersebut, Danial seperti tidak dapat melupakan kisah itu biarpun wanita berkenaan sudah bahagia bersama pasangan pilihan.

Sementara itu, bercerita tentang lagu berkenaan, Danial berkata, ia merupakan hasil ciptaan Hadi Rumnan untuk lagu tema drama Ryan Aralyn.

Danial berkata, lagu berkenaan pernah mendapat perhatian selepas rakannya memuat naik video dia sedang menyanyikan lagu berkenaan di laman sosial sebelum dirakam di studio.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain