suria

Isteri Aliff Syukri kuarantin selepas adik positif Covid-19 - “Jangan kaitkan saya dengan kluster tertentu”

Shahida berharap tiada pihak kaitkan diirnya dengan kluster tertentu.

ISTERI kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida kini menjalani kuarantin di rumah selepas adik lelakinya disahkan positif Covid-19.

Menurut Shahida, dia ada bertemu dengan adiknya iaitu Shaiful Rashid dan isteri, Ainil Ameera yang bertugas sebagai jururawat dua hari sebelum mereka disahkan dijangkiti wabak tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri sedih tak dapat ‘shopping’ gara-gara Covid-19 - “Sebab kau... aku terseksa, tak boleh jalan-jalan luar negara!”

Biarpun keputusan ujian saringan negatif, Shahida tetap mengambil langkah berjaga-jaga kerana tidak mahu melibatkan suami dan anak-anaknya.



Shahida kongsi video ketika dia lakukan ujian saringan.

"Saya sekarang tengah menjalani kuarantin di rumah memandangkan adik saya dan isterinya positif Covid-19. Isterinya seorang jururawat dan mendapat jangkitan daripada pesakit yang dirawat.

"Alhamdulillah dah dua kali saya swab test dan kedua-dua keputusan negatif. Hanya saya seorang yang dikuarantin kerana saya sahaja kontak rapat berjumpa dengan adik dan isterinya.

"Suami dan anak-anak saya tidak berjumpa mereka. Saya jumpa mereka pada Sabtu lalu dan mereka disahkan positif pada Isnin," katanya.

Walaupun sedih tengok anak-anak menangis tapi keselamatan mereka lebih penting.

NUR SHAHIDA

ISTERI ALIFF SYUKRI

Shahida yang juga bekas penyanyi nasyid berkongsi perkara tersebut dengan memuat naik video ketika dia melakukan ujian saringan di Instagram miliknya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Shahida yang juga seorang usahawan berkata tujuan dia berkongsi perkara itu kerana tidak mahu mana-mana pihak membuat spekulasi mengaitkan dirinya dengan kluster tertentu.

"Saya maklumkan kerana tidak mahu ada mana-mana pihak yang mengambil kesempatan cuba mengaitkan saya menuduh menjadi kluster tertentu.



Shahida tidak berjumpa dengan suami, anak-anak dan pembantu rumah sepanjang kuarantin.

"Saya pakai gelang tapi bukan gelang berwarna pink, dan kalau tak silap saya gelang ada lima warna yang mengikuti stok atau daerah.

"Saya juga tidak mendekati atau menyentuh anak-anak saya juga... walaupun sedih tengok anak-anak menangis tapi keselamatan mereka lebih penting," ujarnya.

Shahida juga berharap orang ramai dapat mendoakan adiknya dan pasangan serta semua pesakit yang dijangkiti Covid-19 segera sembuh.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain