suria

Foto tayang cincin, Harris Alif lamar Intan Ladyana?

Harris tayang foto merisik Intan Ladyana?

PERKONGSIAN foto memperlihatkan pelakon dan pengacara Harris Alif menunjukkan cincin kepada seorang wanita dipercayai kekasihnya iaitu Intan Ladyana mengundang pertanyaan peminat di laman Instagram.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan membuat spekulasi pasangan itu sudah mengikat tali pertunangan dan bakal ke fasa seterusnya dalam hubungan itu.

Harris, 22, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai foto yang dimuat naik itu dan meminta peminat mendoakan yang terbaik serta menyerahkan sepenuhnya kepada Allah SWT.

ARTIKEL BERKAITAN: Beza usia 17 tahun... Harris Alif mabuk bercinta dengan Intan Ladyana - “Dah kenal 10 tahun dulu tapi masa itu belum ada perasaan istimewa”

“Maaf, buat masa ini saya tak mahu komen mengenainya.

"Bab (perkahwinan) saya serahkan kepada kuasa Allah, kalau ada jodoh saya, Insya-Allah ada la, saya terima sahaja... kita doakan sahaja perkara baik-baik.



Peminat teruja lihat foto dikongsi Harris ini.

"Kalau ada apa-apa perkembangan, sudah tentu saya akan maklumkan selepas ini, ” katanya.

Sebelum itu, menerusi Instagram, Harris berkongsi foto dia menyerahkan sebentuk cincin kepada seorang wanita dipercayai kekasihnya, Intan Ladyana.

Kalau bercakap pasal tanggungjawab, ia bukanlah terletak pada umur semata-mata, tak semestinya begitu, tanggungjawab itu harus dilihat pada diri kita sendiri.

HARRIS ALIF

PENGACARA, PENYANYI

Gambar itu dirakam daripada belakang dan tidak dinyatakan tujuan dia memuat naik foto itu.

“Semoga cinta kita mekar selamanya, ” tulisnya.

Ditanya mengenai kesediaan menggalas tanggungjawab sekiranya bakal bergelar suami pada usia muda, Harris tidak merasakan ia sebagai satu faktor penghalang.



Harris bahagia menjalinkan hubungan istimewa dengan Intan meskipun berbeza jarak usia.

"Kalau bercakap pasal tanggungjawab, ia bukanlah terletak pada umur semata-mata, tak semestinya begitu, tanggungjawab itu harus dilihat pada diri kita sendiri.

"Tak semestinya umur seseorang itu muda dia tidak bertanggungjawab dan tidak semestinya jika seseorang itu dewasa atau tua bermaksud dia bertanggungjawab, soal tanggungjawab ini terpulang pada diri sendiri," ujarnya.

Menerusi laporan mStar pada 27 Mei lalu, Harris atau nama sebenar Nor Harris Alif Nor Rashidi, 21, mengakui kini sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan aktres berusia 38 tahun itu.

Pengacara program M-Pop itu turut menjelaskan perbezaan usia 17 tahun bukan penghalang untuk mereka meneruskan hubungan tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain